Selasa, 13 Oktober 2009

ricky kerja-kerja ELEKTRIKAL dan SISTEM PENAHAN PETIR di SEREMBAN & PUTRAJAYA

















Sebagai manusia dalam kita berusaha perlu juga kita memohon dari Allah SWT agar Allah memberikan kita rezeki yang melimpah ruah serta memudahkan segala urusan kita. Maka seeloknya tunaikanlah dua rakaat solat Dhuha. Tidak sukar untuk melakukannya. Anda boleh pilih sama ada nak melakukannya di tempat kerja atau jika tempat kerja anda berhampiran dengan rumah anda boleh lakukannya di rumah.

Solat Dhuha boleh ditunaikan dua rakaat sehingga empat rakaat dengan 2 kali salam (maksudnya dengan 2 kali solat). Lafaz niat “Sahaja aku menunaikan solat sunat Dhuha dua rakaat tunai kerana Allah Taala.” Solat ini dilakukan secara bersendirian.

Selepas solat berdoalah agar Allah memberikan rezeki yang baik dan halal atau anda boleh membaca doa ini.

اللَّهُمَّ إِنَّ الضُّحَاءَ ضُحَاءُكَ وَالْبَهَاءَ بَهَائُكَ وَالْجَمَالَ جَمَالُكَ وَالْقُوَّةَ قُوَّتُكَ وَالْقُدْرَةَ قُدْرَتُكَ وَالْعِصْمَةَ عِصْمَتُكَ . اللَّهُمَّ إِنْ كَانَ رِزْقِي فِي الْسَمَاءِ فَأَنْزِلْهُ وَإِنْ كَانَ فِيْ الأَرْضِ فأَخْرِجْهُ وَإِنْ كَانَ مَعْسِرًا فَيَسِّرْهُ وَإِنْ كَانَ حَرَامًا فَطَهِّرْهُ وَإِنْ كَانَ بَعِيْدًا فَقَرِّبْهُ بِحَقِّ ضُحَائِكَ وَجَمَالِكَ وَقُوَّتِكَ وَقُدْرَتِكَ آتِنِي مَا أَتَيْتَ عِبَادَكَ الصَّالِحِيْنَ

“Ya Allah bahawasanya waktu Dhuha itu adalah waktuMu, kecantikan itu ialah KecantikanMu, keindahan itu ialah keindahanMu, kekuatan itu ialah kekuatanMu, kekuasaan itu ialah kekuasaanMu, dan perlindungan itu ialah perlindunganMu, Ya Allah jika rezekiku masih di langit Engkau turunkanlah, jika ada di dalam bumi Engkau keluarkanlah, jika sukar Engkau permudahkanlah, jika haram Engkau sucikanlah dan jika masih jauh Engkau dekatkanlah, berkat waktu DhuhaMu, keagunganMu, keindahanMu, kekuatanMu dan kekuasaanMu, limpahkanlah kepadaku apa yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yg soleh”
sihatceriacergas & the endaevour to achieve more...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan