Isnin, 26 November 2012

.MADU3 telah berjaya memberi khidmat penyewaan GONG untuk YOUNG CORPORTATE MALAYSIANS

ALHAMDULILLAH...MADU3 telah berjaya memberi khidmat penyewaan GONG untuk THE 4TH ANNUAL
SUMMIT 2012 “Diversity in a Global Workplace: Challenges & Opportunities” The Summit will be officiated by DYTM Tuanku Zara Salim, the Raja Puan Besar of Perak. Venue: Intercontinental Hotel KL (formerly Nikko Hotel), Jalan Ampang, KL sihatceriacergas & the endaevour to achieve more...

Rabu, 14 November 2012

sempena maal hijrah 1434 ini , saya nak menceritakan bagaimana saya telah dipertemukan dengan sahabat lama dari sentul di pusat persinggahan tabung haji jeddah , arab saudi tempohari..

ALLAHUAKBAR....ALLAHUAKBAR....ALLAHUAKBAR.... sempena maal hijrah 1434 , sempena tahun hijrah ini saya nak menceritakan bagaimana saya telah dipertemukan dengan sahabat lama dari sentul di pusat persinggah tabung haji , jeddah arab saudi masa nak balik ke malaysia tempohari.. masa tengah sibuk cari sup unta kat kantin , tiba-tiba ada suara dari belakang........" saudara ini orang sentul kan....., kenal tak saya.....ALLAHUAKBAR.., kawan lama masa zaman kenakalan dan jadi tokey tikam & mandi lombong...pun berada di tanah bumi mulia ini.....MACAM TAK PERCAYA pun ada....ALLAHUAKBAR
* kisah HIJRAH sahabat zaman kanak-kanak saya.di sentul ..berjumpa semula di JEDDAH , ARAB SAUDI. sahabat saya ni namanya mazlan , saya dan beliau dibesarkan di sentul pasar , sekolah sama dan duduk pun sama di kampung chubadak sentul ..., adik beradik dia jenis peramah ngan masyarakat cuma kenakalan nya amat tahap gaban sikit.., saya punya nakal setakat kena sebat dan rekod sekolah je , tapi kawan saya ni rekod dia lebih sikit.......hehehehe bila dipertemukan di jeddah , saya tanya.kat diaa.." macam mana ko boleh tercampak kat sini...?? sambil tersenyum ....beliau kata , ikut tahun ini dah 5 kali saya bertugas di arab saudi utk tetamu ALLAH dan tabung haji...perghhhh ( 5 kali dalam hati...saya ..hebat mamat ni..) * beliau mula merantau keluar dari kl dan sentul sebab terlalu banyak masalah dan tekanan . beliau gi langkawi cari kerja...dapat kerja pembantu tukang masak di hotel langkawi.., lopeh tu di gi kerja di brunei , london england , new zealand dan jerman akhirnya arab saudi......hebat..sungguh pengembaraan sahabat saya ni....ALLAHUAKBAR * saya tanya BAGAIMANA AWAK BOLEH BERUBAH DAN BERJAYA MENJADI SEORANG YG BERKHIDMAT utk tetamu ALLAH dan tabung haji...? - beliau menceritakan KETEHARUAAN DAN KETAKJUBAN melihat sepasang pasangan dari afrika yg beragama islam yg baru dijumpainya di stesen bas london.., beliau terkejut apabila pasangan itu mintak beliau jaga beg-be mereka sementara mereka nak gi SOLAT di ceruk kolong jalan..., beliau tertanya dalam diri dia bagaimana beliau boleh dapat kepercayaan walaupun masa tu kejadian peras ugut dan rompak banyak berlaku..., apabila sahabat saya ni lihat ketekunan pasangan suami isteri tu TEKUN SOLAT DALAM CUACA SEJUK....beliau amat sayu..sekali , selepas pasangan tu balik , sahabat saya ni pun naik bas utk ke jerman...., alangkah terkejutnya semasa di jerman , beliau kehilangan beg utama yg ada duit , paspot tertinggal dalam bas ...semasa beliau turun sekejap utk gi bilik air...., apabila cek ngan stesen bas munich...beg beliau tersadai di colongne...,sampai disana terkejut beg beliau tidak kehilangan satu benda pun walaupun ada penumpang lain..kebrangkaliaan beg tu hilang tinggi dan barang-barang pun akan dicuri .....( walaupun ceritanya tidak trill @ seram ) , tapi bagi perantau seorang diri yg diugut ditengah jalan dan diperas ugut masa dilondon.., menyebabkan rasa KEBERGANTUNGAN KEPADA ALLAH itu TINGGI DAN MENEBAL )...apabila beliau dapat beg beliau terus ke tempat tg boleh solat syukur dan perbanyakan zikir serta wirid kpd ALLAH , beliau menanggis mengenangkan kepedihan dan kesusahan perjuangan hidup....ALLAHUAKBAR..., setelah berjaya dapat kerja dan puas di eropah ..., beliau pulang malaysia , tak lama selepas itu dapat tawaran ke mekah....., beliau tidak menolak malah rasa bersyukur ...doanya utk hadir ke tanah haram dimakbulkan....
* saya tanya dia apakah amalan yg awak buat sampai boleh datang 5 kali ke tanah haram , khidmat pada tetamu ALLAH dan tabung haji serta dimurahkan rezeki dapat gi merantau jauh-jauh...? jawapannya..: selepas kejadiaan yg banyak mengajar dia masa dijerman dan london , beliau rajin menjaga solat , perbanyakkan solat malam , berzikir , berwirid dan rajin bersiratul rahim serta banyak berdoa.... * saya tanya ko masak utk siapa di arab saudi masa musim haji dan umrah..? jawapannya : beliau kata tahun ni beliau jaga grup pakej dan rombongan yang dipertuan agong.....ALLAHUAKBAR...hebat saudara saya ni..pastu dia cakap sebelum ni cover rombongan perdana menteri dan kak ros ... * saya tanya bagaimana ko boleh mendisplinkan diri ko dengan pelbagai cabaran dan karenah serta cara kerja masyarakat arab apabila bertugas disini.. jawapannya : sebelum kita datang sini , kita kena ikhlaskan hati , betulkan niat dan ingat selalu kita ni tetamu ALLAH serta khidmat utk tetamu ALLAH..., kita kena sentiasa rajin , jaga tingkahlaku , jaga adap sopan serta rajin tangan membantu walaupun tak disuruh....insyaallah kita akan tenang dan damai abadi disini... ALLAHUAKBAR...hebat sahabat saya ni , dulu nakal dia tahap gaban tapi sekarang wajahnya ada ciri manusia yang diraikan serta merendah diri . sifat sihatcergasceria masih ada tapi matanya saya lihat seperti kelihatan terbitnya anak-anak kaca apabila mengenangkan kesusahan perjuangan hidup beliau dan rasa syukurnya menjadi tetamu ALLAH...., beliau kata kpd saya .." rajin-rajinlah ko berdoa kpd ALLAH utk jadi tetamu beliau...., insyaallah ALLAH TAALA...akan meMAKBUL kan..insyaallah...yakinlah ALLAH MAHA PENGASIH DAN MAHA MENDENGAR....".....nak nanggis saya dengar sahabat saya bercakap ..jadi sebak hati saya....dalam hati saya.." ..Masya..ALLAH .., kalau sahabat saya yang nakal tahap gaban ni boleh ALLAH bagi kemuliaan dan limpahan rezeki ...inikan saya...yang tak berapa nakal sangat.... BANYAK SUNGGUH ILMU DAN PENGAJARAN yang saya belajar dari sahabat sentul saya ni , saya mintak beliau doakan saya dapat datang ke tanah haram ni..lagi....amin ya rab'bal alamin
sihatceriacergas & the endaevour to achieve more...

Isnin, 5 November 2012