Isnin, 31 Oktober 2011

aksi gerakerja staff dan pembunuh upahan di AVILLION LEGACY , MELAKA




INSYAALLAH..." Tekun Usaha Tangga Kejayaan "

“Mengharapkan yang bulat datang bergolek, yang pipih datang melayang” pengharapan yang sepatutnya sudah tidak ada dalam kamus kehidupan seorang individu muslim.Peribahasa Melayu ada mengatakan “ Kalau tidak dipecahkan ruyong manakan dapat sagunya”,begitu juga dengan kejayaan , tidak mungkin akan dapat diperolehi dan dikecapi tanpa adanya usaha dan pengorbanan.bak kata pepatah Arab “Mengharapkan kejayaan tanpa adanya usaha ibarat mengharapkan kapal belayar di daratan”. Satu perkara yang boleh dikatakan mustahil akan berlaku.


Dalam Islam , kita dapati banyak ayat Al Quran dan hadis yang menyarankan umatnya agar sentiasa berusaha untuk mencapai kejayaan sama ada di dunia dan juga di akhirat. Usaha dan amalanlahyang menjadi perkara yang dinilai oleh Allah s.w.t sebagaimana firman-Nya dalam surah At Taubah ayat 105 yang bermaksud :

Dan katakanlah wahai Muhammad “ Hendaklah kamu semua berusaha (beramal ) kerana Allah akan melihat dan menilai apa yang kamu usahakan .”

Dalam ayat yang lain Allah berfirman yang bermaksud : Maka bertebarlah di muka bumi serta carilah rezeki daripada kurniaan Allah” Surah Al Jumuah ayat 10 .


Rasulullah s.a.w. menyatakan dalam satu hadis yang pencari kayu api lebih baik dan lebih mulia daripada peminta sedekah .Baginda juga mengatakan dalam hadis yang lain , orang yang berusaha untuk menyara diri dan keluarganya seperti orang yang berjuang di jalan Allah .


sihatceriacergas & the endaevour to achieve more...

latihan majlis pelancaran KONVENSYEN FARMASI 2011 @ AVILION LEGACY,MELAKA






sihatceriacergas & the endaevour to achieve more...

Ahad, 16 Oktober 2011

menyantuni dan meraikan dusanak ( sanak -saudara ) dari Jakarta.






Dari Anas bin Malik r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa mahu supaya rezekinya ditambah dan umurnya dipanjangkan, hendaklah dia menghubungkan silaturrahmi di antara saudara-saudaranya . (HR Bukhari)

sihatceriacergas & the endaevour to achieve more...

Rabu, 12 Oktober 2011

aksi latihan " SENAMAN TUA " program SIHATCERIACERGAS@ PUTRAJAYA



"Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma."

"Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya.


sihatceriacergas & the endaevour to achieve more...

aksi gerakerja " OPERASI PENYELIDIKAN SDB fasa 4 " @ HKL





.............................................................................

Duitkah Yang Dicari?

Kisah ini berlaku tiga tahun lepas sebelum aku bergelar perunding kejuruteraan. Ketika itu, aku masih seorang jurutera muda.

Pertemuan aku dengan Pak Cik Roslan (bukan nama sebenar) membuatkan mata aku terbuka dan hati yang senang untuk memikirkan keadaan aku sekarang.

Pak Cik Roslan seorang jurutera hebat. Projek kerajaan atau swasta, tidak kira bangunan atau jalan, Pak Cik Roslan tidak ketinggalan dalam mencatatkan dirinya sebagai berpengalaman.

Maklum sahajalah jika begitu berpengalaman, tentu dia seorang yang jauh lebih daripada seorang kaya, seorang yang hidup mewah.

Dia bercerita "Zul.. Pak Cik daripada satu projek ke satu projek... berjuta-juta mahalnya projek, 'income' tak pernah putus. Sesekali tu dua tiga projek serentak! Tak sempat balik ke rumah, cari hotel untuk bermalam, lima bintang tu dah kira rumah."

Aku tergamam.

Sambungnya "Pak Cik hidup mewah, rumah besar, kereta mewah, duit melimpah-limpah."

Tergerak hati aku "Adakah Allah menghantar insan ini sebagai peringatan kepadaku? Wallahu'alam."

"Tapi Zul.. hidup Pak Cik jauh dari masjid. Solat Pak Cik tunaikan tapi jarang ke masjid, Pak Cik cari kemewahan. Pak Cik dapat kemewahan."

Suatu hari, sedang Pak Cik Roslan di tapak pembinaan memantau projek bernilai berjuta-juta ringgit. Pak Cik Roslan diserang sakit jantung. Dikejarkan ke hospital. Terlantar sepuluh hari.

Sesudah keluar daripada hospital, kerja projek disambungnya. Projek pula bertukar ganti dan Pak Cik Roslan bertambah mewah.

Sekali lagi Pak Cik Roslan diserang 'stroke' terjatuh terlantar. Dadanya dibedah untuk dibuat 'bypass'. Nasib pakcik Roslan baik, 'stroke' tidak melumpuhkan dia.

Dua bulan Pak Cik Roslan berehat daripada bekerja. Dalam ketika itu, Pak Cik Roslan banyak menghabiskan masa di negara Eropah untuk merehatkan diri.

Selepas itu, Pak Cik Roslan kembali beraksi.

"Ahh! Sakit tu kekadang saja. Pakai duit pun tak banyak.. yang penting harta kena ditambah semula." Enak kata hatinya.

Pada hari pertama di pejabat, sebelum pulang, Pak Cik Roslan merasa pelik, kerana pejabatnya kosong. Mana perginya kakitangan beliau? Walhal, sebentar tadi sahaja masih ramai orang bekerja.

Tidak hiraukan perkara itu, Pak Cik Roslan melangkah ke pintu keluar pejabatnya. Sampai sahaja di tengah-tengah pejabat, 'stroke' datang menjengah lagi!

Suatu suara datang membisikan pada telinganya,

"Satu juta tak cukup.. dua juta tak cukup.. sepuluh juta tak cukup.. sekarang siapa mahu tolong? sepuluh juta boleh tolong?"

Suara itu jelas dan amat lancar. Tetapi bukan datangnya daripada mana-mana manusia pun. Tiada seorang pun berada di situ. Wallahu'alam.

Pak Cik Roslan jatuh kejang di atas lantai, terbaring.. kakinya kejang, tangan menarik-narik bajunya sendiri. Wajahnya pucat.

Pak Cik Roslan cuba menghubungi ambulan untuk mendapatkan bantuan. Malangnya gagal, apabila telefon bimbit yang tercanggih dibelinya, termahal dan termewah. Tampak segak bergaya dan mewah sekali telefon bimbit itu. Namun, satu punat pun Pak Cik Roslan tidak berjaya menekannya.

Anggaran tiga hingga empat jam selepas itu, barulah pekerjanya menyedari akan keadaan Pak Cik Roslan dan dia dikejarkan ke hospital.

Mengikut cerita pekerjanya, sepanjang hari sememang-memangnya pejabat itu begitu ramai orang dan ketika kejadian menimpa Pak Cik Roslan pun, pejabat sebenarnya masih belum kosong.

Rakaman CCTV juga menunjukan pejabat tidak sesekali kosong. Bayangan Pak Cik Roslan berjalan menuju pintu keluar dan jatuh begitu jelas. Namun, dengan kuasa Allah, Pak Cik Roslan tidak nampak sesiapa dan tiada sesiapa nampak Pak Cik Roslan jatuh.

Sejak daripada peristiwa itu, Pak Cik Roslan insaf dan sedar. Kini, Masjid Negara adalah rumah keduanya. Dia tidak lagi bekerja dan banyak menghabiskan hidupnya dengan menimba ilmu agama dan beribadah kepada Allah.

"Zul.. tak guna duit ada berjuta.. duit tak tolong bila kita susah.. apa guna ada rumah besar tapi tidak menjadi tempat tidur dan rehat, tidur hotel pula, apa guna kereta mewah dan besar tetapi tak boleh 'drive' sendiri dan bila mati tak pula naik kereta tu semua, apa guna ada duit dan mewah tapi tidak hidup bekeluarga."

"Apa yang penting Zul.. adalah ilmu kerana dengan ilmu kita kenal Allah dan agama.. daripada situ kita mohon rahmat dan berkat."

Pak Cik Roslan kini mengambil diploma dalam Pengajian Islam kerana kuliah di masjid terlalu perlahan untuk dia menimba banyak ilmu yang telah lama kosong dari dalam dirinya.

Kepada Pak Cik Roslan, terima kasih kerana berkongsi cerita dengan saya dan menjadi pengajaran yang amat besar bagi saya. Izinkan saya berkongsi cerita ini agar semua orang dapat memanfaatkan pengajarannya. Pak Cik Roslan, telah lama kita tidak bertemu. Semoga Allah memberikan rahmat dan hidayah-Nya kepadamu.

Pertemuan kita sekejap tetapi amat mahal harganya. Syukur kepada-Mu Ya Allah. Alhamdulillah.

- Artikel iluvislam.com


sihatceriacergas & the endaevour to achieve more...

aksi tempur dan gerakerja operasi " DATACENTER-PETALING JAYA "





"Rezeki.. ada di mana2, datang tanpa diduga, tepat pada masa, yg penting, usaha & tawakkal."

"Perbezaan antara orang yang berjaya dengan orang yang gagal terletak pada rohaninya. apa yang dapat difikirkan menentukan apa yang akan dicapai."

sihatceriacergas & the endaevour to achieve more...

aksi rikie & testing sistem untuk operasi " HANG TUAH " @ MELAKA





Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.

Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman.

Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil.

Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik.

Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.

Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka.

Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.


sihatceriacergas & the endaevour to achieve more...

KURSUS MINDA SIHAT & MENTAL fasa 2 @ CITRUS , KL





..............................................................................

Kisah Benar : Lindungan Kaabah

"Abang! Ini adalah takdir Allah. Kita terima dengan penuh redha." Ujar si isteri kepada suami sambil meriba anak cacat yang baru dilahirkan itu.

"Ahhh!! Begitu mudah kau kata takdir. Ini adalah akibat dirimu yang sial, maka lahirlah anak yang cacat ini...!" jawab suami menafikan kata-kata isterinya.

Si suami terus marah-marah menyalahkan isterinya. Kelahiran anak cacat yang tidak diingini itu kononnya berpunca daripada si isteri, isteri yang membawa sial. Isteri bawa malu kepada suami dan seluruh keluarganya.

"Keturunan abang baik-baik belaka. Tidak ada yang cacat seperti anak kau ini," berleter si suami dengan bibir mencebik menghina isteri. Isteri terdiam kaku. Dia tidak mahu bersuara lagi. Dia hanya terus menangis dan terus menangis. Itulah bermulanya detik kepahitan hidup yang dirasai oleh seorang ibu muda. Mimpi indah selama ini telah padam dan diganti dengan kepahitan. Derita dan susah. Dirinya dihina dan dicemuh oleh suami sendiri.

Bayi yang masih merah disisinya itu belum tahu erti penderitaan dalam hidup. Ibunya tidak mahu menyoal kenapa anaknya dilahirkan cacat. Cacat yang belum pernah dialami oleh anak-anak lain di kampungnya. Cacat kurang jari pernah berlaku. Bibir sumbing pernah terjadi.

"Tapi, anakku cacat. Tiada kaki, tiada tangan," bisik si ibu di dalam hati. Hatinya sebak dan dia menangis lagi, sedih dan pilu.

"Tak apalah suami ku menghina, jiran-jiran pun turut menghina aku," bisik hati si ibu dengan sedih dan terus menangis.

"Ya Allah! Berilah kesabaran kepadaku..." Dia berdoa sambil menadah tangan.

Si ibu menarik nafas panjang. Alhamdulillah lega sedikit. Sebahagian ruang rumahnya mulai disinari cahaya matahari pagi. Kini dia hanya bersama dengan bayinya. Suaminya telah keluar entah ke mana. Wajah bayi yang comel itu ditatapnya dengan penuh kasih sayang. Bayi itu diberi nama Hasan.

"Hasan, anak ku sayang! Ibu tetap sayang padamu. Kelahiranmu atas kehendak Allah. Kau ditakdirkan Allah jadi begini. Allah Maha Kaya, nak," bisik hati si ibu dengan tenang, penuh redha atas ketentuan Ilahi.

"Ya Allah, Kau takdirkan anak ku cacat begini. Aku yakin Engkau jugalah yang akan melimpahkan rahmat dan berkat pada dirinya," bisik hati si ibu lagi menaruh harapan penuh pada Tuhan Yang Maha Kaya.

Si anak semakin membesar. Kini dia telah berusia dua tahun. Si bapa telah lari entah ke mana. Si ibulah yang tetap membelanya dengan penuh kasih sayang. Apabila ke pasar, bayi itu dimasukkan di dalam periuk. Periuk itu dibimbit kesana-kemari. Ada orang yang bersimpati dan memberi wang, tetapi ramai yang terus mencemuh dan menghina. Ketika si anak masuk usianya lima belas tahun, penderitaan si ibu semakin bertambah berat. Ramai orang, terutama wanita-wanita terus menghina dan mencemuhnya. Akhirnya dia berpakat dengan anaknya untuk meninggalkan kampung halaman.

"Hasan, Ibu ada cadangan," ujar si ibu kepada anaknya pada suatu pagi. "Cadangan apa ibu?" tanya Hasan. "Kita jual harta pusaka peninggalan atuk dan kita pergi ke Tanah Suci Makkah. Kalau boleh kita terus tinggal di sana," ujar si ibu kepada Hasan.

"Elok cadangan ibu tu. Di sana kita boleh ibadah banyak-banyak. Bumi Allah ini luas bu..." anak yang lincah dan cerdik itu beri persetujuan.

Alhamdulillah, akhirnya hajat dua beranak itu dimakbulkan Allah. Setelah memohon maaf kepada sanak-saudara, maka keduanya pun berangkat ke Tanah Suci Makkah. Meninggalkan kampung halaman yang terletak di salah sebuah wilayah kawasan Melayu di Selatan Thailand. Peristiwa ini berlaku sekitar tahun 50-an.

Bumi Makkah kini telah meriah. Tidak seperti mula-mula dahulu, ketika diteroka oleh keluarga Nabi Allah Ibrahim A.S. Waktu itu sunyi sepi. Tiada manusia yang tinggal disana, tiada air dan tiada tumbuh-tumbuhan. Berkat ketakwaan Siti Hajar dan berkat doa Nabi Ibrahim A.S. kini Makkah menjadi sebuah bandar yang makmur. Ramai penghuninya yang datang dari seluruh pelusuk dunia. Dan, disana ramai orang-orang yang datang dari tanah Jawi. Maksudnya dari kawasan Tenggara Asia termasuk dari selatan Thailand. Si ibu bersama anaknya yang baru datang itu telah disambut dan diterima dengan baik oleh orang-orang Makkah, khususnya yang berasal dari selatan Thailand yang banyak menetap disana.

"Jangan susah-susah, kak. Tinggallah di rumah kami. Anggaplah kami ini seperti keluarga kakak. Kita sama-sama merantau, mengharap Rahmat di bumi Makkah," ujar seorang yang berasal dari Yala yang baik hati.

Kedua beranak itu pun tinggal di rumah tersebut. Si ibu membantu kerja-kerja rumah. Anak yang cacat tetapi pandai membaca al-Quran itu mengajar mengaji kepada anak tuan rumah dan anak-anak jirannya. Alhamdulillah, kehidupan mereka berdua benar-benar berubah. Hilang segala penderitaan dan kesusahan bertukar aman tenteram. Rezeki datang tidak putus-putus.

Pada suatu hari, ketika waktu solat, si ibu ke masjid bersama anaknya. Anaknya itu didudukkan di atas kerusi roda. Tiba di masjid, anaknya itu ditinggalkan di serambi masjid. Si ibu masuk ke kawasan kaum wanita di dalam masjid. Di Makkah boleh dikatakan sudah menjadi satu budaya iaitu sesiapa yang kelihatan dhaif, lebih-lebih lagi cacat maka amat mudahlah menerima sedekah daripada para dermawan. Bersedekah amat digalakkan dalam Islam terutama kepada yang susah, tetapi umat Islam dilarang daripada menerima sedakah kecuali jika miskin, cacat dan tak mampu untuk bekerja.

Hasan secara terpaksa untuk menerima sedekah orang ramai yang mencurah-curah sebelum dan selepas orang ramai menunaikan solat. Kehidupan dua beranak itu agak lega. Bagaimanapun Hasan tidak lupa kaum keluarganya yang susuh di kampung. Dia selalu mengirimkan wang dan hadiah kepada mereka menerusi jemaah haji yang datang dari kampungnya.

Pada suatu hari, salah seorang Raja Saudi berkunjung ke Masjidil Haram. Baginda telah bertemu dengan Hasan. Hasan telah disoal dengan panjang lebar. Dari mana asal datangnya, dengan siapa dia tinggal di Makkah dan lain-lain lagi.

"Mulai dari hari ini, kamu jangan minta sedekah lagi. Beta akui kamu sebagai rakyat Saudi. Kamu akan diberi sara hidup bulanan. Kamu juga dianugerahkan sebuah rumah," titah Raja itu kepada Hasan.

Betapa gembiranya Hasan pada masa itu, kerana terlalu gembira hinggakan dia menitiskan air matanya membasahi pipinya.

"Alhamdulillah syukur...! Terima kasih tuanku, Terima kasih tuanku, Terima kasih tuanku," ujur Hasan beberapa kali dengan rasa kegembiraan yang tidak terhingga.

Apabila si ibu mengetahui akan hal itu, betapa gembiranya si ibu. "Inilah berkat dan rahmat limpahan Allah kerana kita bernaung dibawah lindungan Kaabah-Nya, wahai anakku," ujur si ibu dengan menitiskan air mata gembira sambil memeluk dan mengucup dahi anaknya.

Beberapa tahun kemudian usia Hasan telah pun meningkat kepada dua puluh lima tahun. Walaupun dia kudung kedua-dua belah tangan dan kakinya, namun badannya dalam keadaan sihat, dan sebagai insan biasa dia juga memiliki naluri sebagai manusia yang lain.

"Aku sihat, wang saraan hidup aku setiap bulan sangat lumayan, lebih dari cukup untuk keperluan diriku dan ibuku, malah rasanya aku mampu untuk menyara isteri dan anak-anakku yang bakal lahir," bisik hati Hasan. "Tetapi aku cacat.... siapa yang sudi menjadi isteriku?" Hasan bersedih mengenangkan nasib dirinya. Kesedihan itu berlarutan beberapa hari sejak kebelangan ini dan hal ini diketahui oleh ibunya.

"Kenapa kau sedih Hasan? Apa yang kurang untukmu. Wang ada, makanan cukup, rumah tempat kediaman pun ada," tanya si ibu kepada Hasan, anak kesayangannya. "Kau beritahulah kepada ibu, Hasan. Apa masalahmu?"

Hasan tak menjawab dan hanay mendiamkan diri. Si ibu yang tajam pemikiran itu akhirnya dapat mengagak kenapa anaknya bersedih. "Hasan, kau ingin mencari jodoh?", tanya si ibu.

"Siapalah orangnya yang sudi menjadi isteri saya, ibu? Saya cacat," jawab Hasan.

"Hasan, kalau sungguh kau ingin beristeri, jangan susah hati. Ibu akan berdoa kepada Allah dan kau pun berdoa juga. Allah Maha Kaya, Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang, Hasan," nasihat si ibu dengan suara yang lunak.

Hasil perbincangan kedua beranak itu maka akhirnya dihantar seorang utusan ke kampung halaman mereka di selatan Thailand dengan membawa sekeping gambar wajah Hasan yang memang lawa itu. Orang itu diamanahkan untuk mencari jodoh wanita solehah dan berbudi bahasa. Dia diwakilkan menerima akad bagi pihak dari Hasan.

Alhamdulillah, dengan pertolongan Allah, jodoh ditemui dan akhirnya diijab-qabulkan. Beberapa hari kemudian, wanita itu dibawa ke Makkah dan dipertemukan dengan pasangannya yang sedang menunggu di sana. Wanita itu diperkenalkan dengan suami dan ibu mertuanya. Aduh... alangkah terperanjatnya wanita itu apabila terpandang suaminya yang cacat. Dia terperanjat besar. Dia sama sekali tidak menyangka suaminya cacat sedemikian rupa. Wanita itu jatuh pengsan. Hasan pun bersedih mengenangkan nasib dirinya. Isteri yang baru ditemui nampaknya enggan menerima Hasan sebagai suaminya.

Melihat keadaan demikian, si ibu yang solehah itu segera mengambil wuduk lalu pergi ke Masjidil Haram lalu mendirikan solat dua raka'at, kemudian berdoa kepada Allah semoga wanita tadi sembuh dari pengsannya.

"Ya Allah, sembuhkanlah menantuku, isteri kepada anak kesayanganku. Limpahkan perasaan kasih dan sayang dihatinya terhadap anakku, dengan rahmat-Mu, wahai Tuhan Yang Maha Mengasihani," doa si ibu dengan sungguh-sungguh di depan Kaabah.

Si ibu pun lalu mengambil air Zamzam untuk diberi minum kepada menantunya di rumah. Sesampainya dia rumah, Alhamdulillah, si ibu mendapati menantunya sudah sedar. Dia sudah mula mengorak senyum. Sedih berganti kegembiraan. Dia bangun memeluk ibu mertuanya dengan erat sambil berkata. "Maafkan saya, ibu. Maafkan saya, ibu."

Kemudian dia mendekati suaminya sambil berkata "Maafkan saya, bang. Maafkan saya, bang," sambil mencium dahi Hasan, suaminya. Hasan menitis air mata kegembiraan. Dia bersyukur kepada Allah S.W.T. Nampaknya si isteri sudah menerima dirinya sebagai suaminya.

Ya, berkat doa ibunya maka Allah telah meletakkan di hati wanita itu perasaan cinta, kasih dan sayang kepada suaminya yang cacat. Mungkin dia berkata di dalam hatinya, "Kalau aku tidak mahu menjadi isterinya, siapakah wanita lain yang sudi menerimanya sebagai suami."

Hasil perkahwinan mereka itu telah dikurniakan lapan orang anak. Hasan sekeluarga tinggal di sebuah perkampungan kira-kira empat kilometer dari Masjidil Haram. Mereka tinggal di sebuah rumah dua tingkat yang selesa. Hasan hidup bahagia, mendapat limpahan rahmat dan keberkatan Ilahi. Hasan mempunyai sumber pendapatan tetap sara hidup yang lumayan. Dia juga memiliki sebuah kereta siap dengan pemandunya serta pembantu rumah.

Kali terakhir penulis kisah benar ini bertemu dengan salah seorang anak Hasan ialah pada tahun 1998. Penulis tidak dapat bertemu dengan Hasan pada ketika itu kerana Hasan berkebetulan ke Madinah.

Sungguh Allah Maha Kaya, Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Dia yang mencipta hamba-Nya dan Dialah yang memberi nikmat kesenangan kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Biarpun cacat, kudung kedua tangan serta kakinya, namun Hasan tetap berjiwa takwa. Orang yang bertakwa dikasihi Allah S.W.T.

Allah melimpahi rezeki yang tidak putus-putus dan segala masalah mendapat penyelesaian sebaik-baiknya. Hasan sungguh bahagia, lebih-lebih lagi apabila dia mendapat kasih sayang ibunya dan selalu didoakannya dengan doa-doa kebaikan, tambahan pula segala doa-doa itu dipanjatkan didepan Kaabah.

- Artikel iluvislam.com

sihatceriacergas & the endaevour to achieve more...