Sabtu, 31 Oktober 2009

kerjasama perniagaan antara UNIKEB dan KUMPULAN KERAMAT-MADU3



Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera,

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam kepada junjungan besar Rasulullah s.w.t dan seisi keluarga baginda serta para sahabat.

Alhamdulillah syukur, ke hadrat Allah s.w.t , Tuhan mentadbir sekelian alam di atas segala nikmat dan kekuatan yang telah diberikan kepada semua warga Koperasi UNIKEB Berhad sehingga berjayanya membangun sebagai satu jentera masyarakat yang anggotanya faham dan mengerti tuntutan bermasyarakat “ berat sama di pikul, ringan sama dijinjing” sejak penubuhannya pada 13 September 1973 (tiga puluh lima tahun yang lalu).

Kita kini menuju ambang usia ke-empat-puluh bersama UKM mengharungi arus pengungkapan falsafah UKM “Paduan antara Iman kepada Allah dengan ILMU yang bermanafaat serta gabungan antara teori dengan amal adalah dasar utama bagi perkembangan ilmu,proses pembinaan masyarakat terpelajar dan pembangunan Universiti” untuk dinikmati semua dan untuk mensejahterakan masyarakat.

Saya bagi pihak Koperasi UNIKEB Berhad berasa syukur di atas setiap hasilan dan pencapaian yang diusahakan sehingga membuahkan hasil kejayaan sepertimana yang kita kecapi sekarang. Kejayaan yang melonjakkan ukhuwah Islamiah amat dirasakan. Kejayaan yang disukat dengan penunjuk ekonomi dan keberkesanan urusniaga boleh dimantapkan lagi. Mulai hari ini , suatu penyusunan semula jentera menyeluruh Koperasi , kegiatan urusniaga, kebajikan anggota, kekerapan majlis bersama anggota dan aturcara mesyuarat agong tahunan akan dilaksanakan . Insyaalah. Saya berdoa agar setiap laluan kearah kejayaan sama-samalah kita tegur menegur, sentiasa bermusyawarah dan bertolak ansur selaras dengan perkembangan zaman yang terus menuntut kita untuk bersepadu, bersepakatan dan berakhlak mulia . Had dan sempadan dalam perhubungan sesama kita yang sudah jelas perlu kita sama-sama hayati.

Sehubungan dengan itu, beberapa langkah telah dilaksanakan oleh Koperasi UNIKEB Berhad untuk perkongsian maklumat, pengalaman dan kepakaran melalui ruang maya, iaitu http://www.unikeb.koperasi.coop . Dengan wujudnya laman ini, ianya diharap dapat membantu anggota UNIKEB khususnya dan masyarakat luar umumnya untuk mengenali dan menghayati aktiviti Koperasi UNIKEB Berhad dengan lebih aktif dan santun. Semua pandangan dan buah fikiran anggota akan diperhalusi dalam mesyuarat-mesyuarat Jawatankuasa dan Ahli Lembaga Kerja. Untuk melaksanakan hasrat ini , seorang pegawai akan ditugaskan untuk menghimpun segara teguran.

Selain daripada itu, melalui http://www.unikeb.koperasi.coop ini pengurusan Koperasi akan menghebahkan segala kegiatan dan perkhidmatan kepada anggota. Semua kakitangan Universiti Kebangsan Malaysia di Bangi, PPUKM, Cheras dan Kampus Kuala Lumpur khususnya dan masyarakat umum tidak kira di mana mereka berada baik didalam negeri mahupun luar negeri berada dalam cakupan tanggungjawab kami. Kami merasa terhormat memikul tanggungjawab yang diperturunkan dan dengan ini kami mohon restu doa-doa semua anggota untuk kita berganding bahu terus sederap memakmurkan koperasi kita.

Saya bagi pihak Anggota Lembaga Pengarah Koperasi UNIKEB Berhad ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada semua anggota pengurusan UNIKEB. Kepada keseluruhan anggota ,kami tidak akan jemu memohon bantuan dan kerjasama. Salam hormat dan terima kasih kami tujukan kepada pucuk pimpinan UKM atas segala sokongan dan dorongan yang diberikan. Marilah kita bersama-sama berpadu tenaga memajukan koperasi kita. Kalau tidak kita siapa lagi. “USAHA NIKMAT BERSAMA”. Demikianlah warqat pertemuan buat kali pertama, saya sebagai Pengerusi. Saya iringi dengan doa untuk mendapat keredhaan daripada Allah S.W.T. jua.

Wassalam.

PROF DR HJ WAN MOHTAR BIN WAN YUSOFF
Pengerusi
Koperasi UNIKEB Berhad

...............................................................................

- insyaallah jika berjalan lancar kumpulan kami akan mengadakan kerjasama perniagaan dengan UNIKEB . saya dihubungi PROF DR WAN MOKHTAR pada 2 hari lepas , UNIKEB mengatakan mereka boleh membekalkan minuman berbotol dan barang2 keperluan lain dengan harga yang berpatutan..insyaallah jika semua berjalan lancar..kumpulan kami amat berbangga untuk bekerjasama jangka panjang dengan UNIKEB

sihatceriacergas & the endaevour to achieve more...

suasana ceria di RANTAU PANJANG , KELANTAN






- sesiapa ahli MADU3 ingin membeli belah barang-barang seperti bantal , comforter dan toto jenama seperti NARITA silalah hubungi KAK SAH 019 - 961 5281 , INSYAALLAH dapat diskaun yang hebat dan tak perlu nak pusing round sampai 7 kali untuk mintak harga paling murah...hehehehe




sihatceriacergas & the endaevour to achieve more...

Jumaat, 30 Oktober 2009

suasana ceria operasi " cek mek molek " KELANTAN



- menyerahkan sumbangan pembangunan pondok serta menyantuni warga pondok madrashah falahiah ad'diniyah dan TUAN GURU WAN ROSLI

...................................................................................

- menyambut kedatangan SHEIKH AHMAD ALAWI dari ARAB SAUDI yang datang menziarahi tuan guru dan para pelajar pondok madrashah falahiah ad'diniyah , sungai petai . pasir putih , kelantan




...............................................................................

ceramah umum di perkarangan stadium sultan mohammad ,kota bahru




...............................................................................

KULIAH PAGI JUMAAT DI DATARAN ILMU , KOTA BAHRU




kuliah pagi oleh TUAN GURU DATO' NIK AZIZ NIK MAT dan USTAZ NASHARUDDIN DAUD , SPEAKER NEGERI KELANTAN
sihatceriacergas & the endaevour to achieve more...

aksi gerakerja operasi " CPRC JKNNS " SEREMBAN









sihatceriacergas & the endaevour to achieve more...

Selasa, 27 Oktober 2009

aksi tempur operasi " MARITIM "




modus operandi operasi " MARITIM "

* KERAMAT - MADU3 menyediakan TENAGA PENGAJAR dalam bidang kecergasan dan seni beladiri untuk bahagian penguatkuasa MARITIM , PUTRAJAYA

* pembunuh upahan @ kontraktor untuk misi ini adalah : CIKGU AZLAN GHANIE


..................................................................

Sungguh, orang yang dicintai Alloh, pasti Dia uji:

‘Sabarlah menghadapi kengerian berhari-hari, kelak akan

tampak hasilnya, Sabar hanya dimiliki orang-orang yang mulia

Sebentar lagi Alloh kan bukakan setelah kesabaran itu

Ketenangan-ketenangan setelah kele-lahan untuk orang sabar seperti-mu

Sayyid Quthb rh. berkata, “Sesungguhnya iman bukan sekedar kata-kata yang diucapkan. Iman adalah kenyataan yang penuh beban berat, amanah yang melelahkan, jihad yang membutuhkan kesabaran, kesunggu-han yang menuntut daya tahan me-nanggung beban. Tidak cukup orang mengatakan, “Kami beriman,” lantas mereka dibiarkan begitu saja melon-tarkan pengakuan ini; sebelum ia menghadapi ujian lalu ia teguh meng-hadapinya. Setelah itu, barulah ia ke-luar dalam keadaan steril unsur-unsur dalam jiwanya, dan bersih hatinya. Sama seperti api yang membakar emas untuk memisahkan unsur-unsur tak berguna yang terikut di sana. Dan inilah asal kata iman dari sisi bahasa. Lain lagi dengan makna, cakupan dan petunjuknya.

Fitnah ujian juga diberikan kepada hati. Ujian terhadap iman adalah perkara baku dan sunnah yang pasti berjalan di dalam timbangan Alloh SWT.
“Dan sungguh Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, dan kelak Alloh akan tahu siapakah orang-orang yang jujur dan orang-orang yang dusta.” (QS. Al-Ankabut [29]: 3)

http://www.abujibriel.com/ajib/2009/07/jihad-ujian/

sihatceriacergas & the endaevour to achieve more...

Isnin, 26 Oktober 2009

Menyantuni rakan perniagaan usahasama dari SINGAPURA


sihatceriacergas & the endaevour to achieve more...

perkhidmatan VIDEOGRAFI & menyantuni USTAZ NASHARUDIN MAT ISA di MASJID KOTA DAMANSARA





misi membunuh untuk VIDEOGRAFI dilakukan oleh saudara DI'WAN

* USTAZ NASHARUDDIN MAT ISA mengajar tentang sirah nabawiyah di masjid kota damansara , kl .

* kalau nak tahu jadual mengajar kena tanya pengurusan masjid , insyaallah banyak lagi kuliah selepas ini..KERAMAT - MADU3 akan mengambil video dan gambar nya..


............................................................................


Kaya Harta Dan Kaya Ilmu
Hadith :
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud r.a katanya: “Nabi Muhammad SAW pernah bersabda :" Janganlah ingin menjadi seperti orang lain kecuali seperti dua orang ini. Pertama, orang yang diberi Allah kekayaan berlimpah ruah dan ia membelanjakannya secara benar (di jalan yang adil dan sesuai dengan perintah Allah). Kedua, orang yang diberi Allah al-hikmah dan ia berperangai sesuai dengannya dan mengajarkannya kepada orang lain." (al-Bukhari)


Huraian:
Setiap perbuatan ada matlamatnya masing-masing. Tetapi apa yang kita inginkan dalam hidup ini? Ilmu, wang atau selainnya? Perumpamaan orang yang kaya harta dan menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah seperti benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada setiap butir terdapat seratus biji. Hakikatnya, kaya dan miskin akan menguji tahap keimanan seseorang. Tidak semestinya yang kaya kurang imannya dan yang miskin pula kuat imannya atau sebaliknya. Jika direnung manakah yang lebih utama, ilmu atau harta? Tentu sekali ilmu kerana seperti kata sayidina Ali: "Ilmu akan menjaga diri mu, sementara harta adalah sebaliknya, kamu yang harus menjaganya." Namun alangkah baiknya jika kita kaya kedua-duanya. Kaya harta dan kaya ilmu kerana kedua-dua mampu menaikkan kedudukan kita bukan sahaja di sisi manusia bahkan di sisi Allah SWT iaitu dengan cara memanfaatkan kurniaan Allah itu ke jalan yang diredhai-Nya.

http://dakwah2u.blogspot.com/2008/06/kaya-harta-dan-kaya-ilmu.html

sihatceriacergas & the endaevour to achieve more...