Rabu, 7 Oktober 2009

menyantuni warga MER-C INDONESIA & INSAF MALAYSIA di kota PARIAMAN











Pagi jam 9 pagi gempa kecil berlaku lagi disini. Semalam pun masih berlaku lagi gempa yang sama. Pasukan perubatan INSAF Malaysia yang diketuai oleh Dr Ahmad telah merawat seramai 130 orang. Tidak kira orang tua dan muda semuanya dilayan dengan baik oleh pasukan ini dan rawatan cedera ringan sahaja yang mampu dirawat di 'Mobile Clinic' INSAF setakat ini. Mana-mana yang cedera parah itu telah pun dibawa ke Rumah Sakit Umum.

Kebanyakan rumah disini telah ranap kesemuanya dan mereka terpaksa menumpang disebuah kilang papan dan mereka setakat hari ini masih belum menerima sebarang bantuan. Penduduk juga memerlukan bantuan khemah serta makanan kerana bekalan makanan dan bantuan masih belum mereka terima lagi dan INSAF merayu seluruh Rakyat Malaysia supaya membantu Insaf Malaysia dengan memasukkan sumbangan kedalam akaun di CIMB, Insaf Humanitarian Relief Acc No:1435-0004893-051

http://insafrelief.blogspot.com/

sihatceriacergas & the endaevour to achieve more...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan