Ahad, 27 November 2011

rakan perniagaan MADU3 yang terbaru....Syed Mahdi








Biodata Syed Mahdi
Pengarah Program

Syed Mahdi b Syed Faozi Barakbah adalah anak kelahiran Kedah Darulaman, sememangnya dari kecil terdedah dengan perubatan alternatif melalui amalan ayah dan perubatan tradisional Melayu melalui keluarga sebelah arwah emak.

Mula melibatkan diri secara langsung melalui industri herba dan mengeluarkan produk-produk kesihatan dari tahun 1989-1995 melalui ilmu yang dipelajari dari ibu mertua serta berkecimpung dalam dunia urutan Melayu sejak tahun 1992 hingga sekarang.

Ilmu urutan Melayu keseluruhannya dipelajari secara lisan dan tidak formal dari lebih 10 orang guru tua di seluruh tanah Melayu yang sememangnya mereka adalah pengamal perubatan Melayu yang digelarkan dengan panggilan bomoh, dukun, pawang, mudim, batin dan bidan. Pencapaian akademik yang diperolehi ialah Diploma Lanjutan Urutan Melayu di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (2010-2011) dan dianugerahkan ijazah kedoktoran kehormat urutan Melayu oleh Asia Pasific Open University (2011).

Setelah 15 tahun menimba ilmu, beramal dan mengutip pengalaman maka tiba masanya mengorak langkah menurunkan ilmu urutan Melayu kepada anak bangsa, bermula dari tahun 2007 hingga sekarang telah berjaya melahirkan pelapis melebihi 1000 murid melalui kursus-kursus jangka pendek anjuran Kolej Komuniti seluruh negara. Melalui sijil yang diberikan ini telah berjaya menaiktaraf dari segi pengiktirafan pendidikan dan juga amalan urutan Melayu.

Menyediakan program urutan melayu secara teratur lagi apabila menjadi panel penggubal untuk diploma urutan Melayu di bawah Kolej Komuniti (2009), panel penggubal Massage Therapy tahap 3 Sijil Kemahiran Malaysia di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran (2011) dan panel penggubal diploma perubatan Melayu untuk UiTM (2011). Pada masa yang sama menjadi pensyarah sambilan urutan Melayu sebagai subjek pilihan fakulti fisioterapi di UKM.

Bagi mengekalkan amalan urutan Melayu, telah bekerjasama dengan Badan Pengamal Tradisional Komplimentari (KKM) mengujudkan rawatan urutan Melayu di hospital kerajaan, antaranya Kepala Batas, Putrajaya, Sultan Ismail, Sultanah Nurzahirah dan Sultanah Bahiyah. Secara tidak langsung amalan urutan Melayu dapat diintergrasikan dengan perubatan moden. Dari segi pemantauan, Persatuan Urutan Warisan Melayu (HAMA) bersatu di bawah payung Gabungan Perubatan Tradisional Melayu Malaysia (GAPERA).

Industri urutan Melayu mengembangkan sayapnya ke Berlin Germany, Dubai UAE dan Jepun apabila dipertanggungjawabkan membuat promosi melalui Kementerian Pelancungan Malaysia. Oleh itu sertailah HAMA sebagai satu badan yang berdaftar dengan KKM supaya dapat melahirkan pelapis, mengekalkan amalan, mengiktiraf kerjaya urutan dan mengembangkan industri urutan Melayu ke peringkat global.



sihatceriacergas & the endaevour to achieve more...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan