Rabu, 16 Jun 2010

AL-FATIHAH & TAKZIAH untuk USTAZ HASSAN SHUKRI



Seorang sahabat telah bertanya "Apakah caranya untuk menjadikan hati itu bersinar kembali?" Jawab Rasulullah "Banyakkan mengingati maut dan membaca Al-Quran."







KENYATAAN MEDIA UCAPAN TAKZIAH DI ATAS PEMERGIAN ALMARHUM USTAZ HASAN SHUKRI KE RAHMATULLAH

Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
merakamkan ucapan takziah kepada seluruh anggota keluarga, ahli PAS,
seluruh pendukung dan pejuang Islam yang dirundung kesedihan setelah pulangnya Ustaz Hj. Hassan Shukri ke rahmatullah pada petang hari Isnin 14 Jun 2010. Sumbangan Almarhum kepada perjuangan Islam di Malaysia
dan dunia Islam tidaklah dapat diungkapkan dengan catatan tulisan yang
memenuhi penulisan sejarah yang pernah dibukukan. Almarhum adalah
merupakan kutubkhanah organisasi dan perlembagaan PAS, terus berkhidmat
dengan parti hingga ke saat beliau menemui Tuhan Rabbul Jalil.
Sesungguhnya, nadi perjuangan yang ditiupkan oleh Almarhum akan terus
berdenyut dalam PAS, merupakan satu contoh kepimpinan parti yang gigih
dan istiqamah di kala senang dan susah, untuk memimpin ahli dan seluruh
warga parti tanpa mengenal jemu dan lelah. Biar pun Almarhum
meninggalkan kita, tetapi jadikanlah ceramah, taklimat, perbualan
beliau sebagai pemberi semangat kepada kita yang tinggal untuk
meneruskan perjuangan Islam di muka bumi ini. Bagi pihak
seluruh kepimpinan dan ahli-ahli PAS, sekali lagi saya merakamkan
jutaaan takziah dan berharap seluruh keluarga, sahabat handai,
pendukung dan penyokong PAS di serata tempat agar dapat bersabar dengan
ketentuan Allah SWT ini. Saya
berdoa semoga Allah SWT melimpahi rahmat ke atas roh beliau dan
mudah-mudahan beliau ditempatkan bersama-sama roh para solihin dengan
izin Allah SWT, InsyaAllah.

DATO’ SERI TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS 2 Rejab 1431 H / 14 Jun 2010 M



semua kakitangan dan ahli KERAMAT-MADU3 mendoakan Semoga Allah mengampuninya, merahmatinya, memaafkan semua kesalahannya,melipatgandakan kebaikannya, menempatkan ruhnya di Syurga Firdaus yang tertinggi bersama para Nabi, siddiqin, syuhada’ dan sholihin dan semoga Allah memberi ganti yang baik bagi kami dan kaum muslimin. Ameen.

AL-FATIHAH





" Percayalah ...sesiapaa yang memperjuangkan ISLAM , dia tidak akan susah , mungkin tidak kaya tetapi tidak akan susah atau tidak makan . Saya sendiri tidak pernah rasa gaji besar tetapi kehidupan saya tidak susah dan ALHAMDULILLAH makin bertambah baik . bagi pejuang ISLAM , apa jua cabaran dan dugaan akhirnya ALLAH... akan tolong juga dan bantu kita untuk teruskan kehidupan . "




sihatceriacergas & the endaevour to achieve more...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan