Sabtu, 14 November 2009

menziarahi kubur ATOK ROMBAU dan menyantuni warga keluarga di ULU GADONG , ROMBAU . NEGERI SEMBILAN








Atok.

lahir lewat 1920-an dalam bilangan adik beradik yang agak ramai, dan meningkatnya beliau dewasa, direkrut untuk menjadi seorang askar, yang mana ketika itu Malaysia masih lagi digelar Tanah Melayu. Nasib malang yang menimpa dirinya akibat ditahan askar jepun, tidak mematahkan semangat beliau untuk terus hidup. Itulah atok aku, Abdullah bin Ismail. tak banyak yang aku tahu tentang dia, sebab sikap aku sendiri yang taknak ambil tahu sangat. i have my own reason why. i'll keep it a secret. hehe (:

Baru saja semalam aku call ibu melalui telefon bimbitku, hendah bertanyakan khabar berita adik adik dan keluarga di kampung.


__________________________________________________________________________

Post di atas sepatutnya aku publish, tapi, aku tangguhkan di atas ketiadaan idea dan isi penulisan. and kini, aku di kampung. Atuk baru je pergi meninggalkan dunia semalam. Alhamdulillah, aku masih rasa bersyukur sebab sempat berjumpa, bersalaman dengan atuk buat kali yang terakhirnya. Walaupun hanya sepatah yang aku cakap pada atuk, bagi aku, itu sudah memadai buat aku.

Mengucap tok

itu sahaja yang mampu aku keluar kan dari mulutku, memang banyak yang ingin aku cakapkan pada atuk, baik dan buruk, tapi aku memilih untuk berdiam diri, biarlah atuk pergi dengan aman.
Pukul 4.10am, semalam, along sms aku menyatakan keadaan atuk makin tak stabil yang mana ketiika itu aku masih di layar mimpi, lalu call dari along menyusul, pesan suruh aku balik untuk jenguk atuk. aku yang sedikit tidak sihat, mengagah diri, untuk bangun, berwudu' dan menunaikan solat isya' ku.
Setelah selesai, aku bersiap untuk balik ke kampung, aku kejutkan farid dan berpesan; yang mana aku akan pulang ke kampung untuk ziarah atuk sebentar. Kenderaan genit ku, aku pacu dengan laju, untuk aku sampai ke rumah sebelum waktu subuh habis, dan agak risau tak sempat jumpa atuk sebenarnye, alhamdulillah, perjalanan yang aku ambil tidak lebih dari 1 jam.
sampai je kat kampung, aku menuju ke bilik atuk, melihat beliau terlantar sambil ditemani wan di sisinya, mak teh pun ada sekali, baru je sampai dari penang. Alhamdulillah, sempat aku tengok atuk, walaupun tika itu aku mengharapkan adanya lagi esok untuk atuk.

Selepas menunaikan solat subuh, aku naik ke rumah atas untuk berehat dan tidur sebentar akibat kekurangan tidur. Lalu mataku dilelapkan buat sementara. Sekitar 9.45am; aku dikejutkan dengan cemas oleh adik perempuan aku, Sarah, yang tika itu menyatakan, keadaan atok yang critical, aku bangun dengan kemamaian, deras menuju ke kamar tempat atuk terlantar tadi.
Kelihatan pak long, mak lang dan ibu serta wan berada di berapatan dengan atok sambil pak long membaca kan

La i la haill' allah

- beberapa kali ke telinga atuk, tika itu, aku mengerti, atuk dah pergi memandangkan dadanya tidak kencang menghela dan menarik nafas serta tapak kaki dan tangannya kehilangan haba. Ibu menangis kehibaan, so do others, yang sebak melihat atuk kami telah pergi di hadapan mata kami. aku tidak berkesempatan menemani atuk tika saatnya dia nazak, sebab aku tidur.

tanpa aku sedar dan tanpa aku inginkan, benteng kelopak aku rapuh mengalirkan air mata, - air mata seorang cucu yang melihat pemergian atuknya yang dikenali sepanjang 18 tahun kehidupannya. Pahit getir perlakuan atuk terhadap aku, terpadam saat itu. Atuk dah pergi, itu kenyataan, ibu ku lemah kelonglaian akibat terlalu sedih di atas apa yang berlaku, aku cuba menenangkan ibu. Allahuakbar, Allahuakbar, kerap aku lafazkan di bibir dan jauh di benak tika aku cuba mengawal perasaan sedih di hati ini tika itu. sekitar 9.50 pagi kejadian itu.

aku termenung, duduk, sambil menekan keypad untuk mencari kenalan yang aku kenali, untuk aku beritahu mereka tentang apa yang baru berlaku. SMS SMS yang mudah aku beri pada segelintir mereka antaranya

atuk takda dah.
atuk baru meninggal

aku menemani pak long ke balai polis untuk melaporkan pemergian atuk. Antara prosedur yang perlu dilakukan buat semua rakyat malaysia. tapi yang peliknya, ianya memakan lebih dari 30 minit untuk si polis ni fill in the form. Aku amat kecewa dengan servis yang diberikannya. Macam tak tahu buat kerja. Itu dan ini serba serbi tidak tahu. Memang lah pekan kecil, tapi ianya bukan satu alasan untuk melembabkan diri dari melakukan perkhidmatan yang cemerlang. Aku tidak ingin perkara ini berlaku. dan jika ada pegawai polis yang sedang membaca ni, minta ditimbang tara isu ini. tempatnya Balai Polis Pekan Kota, 71350 Rembau, Negeri Sembilan, Pegawai yang bertugas bernama Azri.

sesampainya aku di rumah kembali, kelihatan sudah ramai kereta yang memarkir kenderaan mereka di sekitar perkarangan rumah. Kebanyakan dari mereka agak tergamam dengan pemergian atuk yang tiada penyakit kronik menyerangnya

refer : http://kembarafotograferjalanan3.blogspot.com/2009/11/atok.html
sihatceriacergas & the endaevour to achieve more...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan