Rabu, 1 Julai 2009

TRAGEDI & TAKZIAH....peringatan untuk pelajar-pelajar di UNIVERSITI -UNIVERSITI ( IPTA ) MALAYSIA dan LUAR NEGARA..


Tragedi di bilik asrama UTM

Oleh Intan Mas Ayu Shahimi
imas@hmetro.com.my


JOHOR BAHRU: Sedih dan menyayat hati! Itu nasib malang seorang bekas pelajar wanita berusia 26 tahun yang ditemui mati dipercayai akibat pendarahan serius selepas melahirkan anak dalam keadaan serba kekurangan di sebuah bilik asrama di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai dekat sini, petang kelmarin.

Lebih malang lagi, bekas pelajar tahun empat itu dipercayai menderita keseorangan ketika melahirkan anak dan hanya ditemui kira-kira jam 5 petang, selepas lebih dua hari Allahyarham menghembuskan nafas terakhir.

Kejadian disedari ketika minggu orientasi pelajar baru berlangsung apabila beberapa pelajar mengadu kepada ahli jawatankuasa (AJK) minggu orientasi ada sebuah bilik asrama berbau busuk.

Berikutan itu seorang daripada AJK minggu orientasi memeriksa bilik berkenaan yang berkunci dari dalam itu.

* YA , ALLAH YA TUHANKU , ampunilah kami dan tunjukanlah jalan yang benar ..

didoakan keampunan kepada hamba yang ingin bertaubat dan menginsafi kesalahan , pengajaran kepada pelajar-pelajar perempuan dan lelaki ..keseronokan bermaksiat serta kegembiraan itu mungkin beramai-ramai yang melihat wajahnya .., tetapi bila kita buat maksiat serta kemungkaran dan masalah..biasanya akan dihadapi keseorangan...fikir-fikirkan sebelum nak nakal dan perangai gila-gila kita yang tahap gaban.punya., jika orang lain dapat kemanisannya kita pula terpaksa tanggung pahit dan bebannya..serta malu sampai mati ( akhir hayat )

sumber : http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Wednesday/Setempat/20090701011011/Article/index_html

* kalau dah tak tahan nak berkasih-sayang dan menikmati jiwa nafsu yang membuak-buak..., berkahwinlah dengan penuh sikap taqwa , kalau tak cukup duit ..cakap terus-terang , mana baik bila maksiat dan kematian serta lahirnya anak luar nikah , lebih mulia kita bersikap jujur walaupun akan mencabar kita dari sudut kesusahan mencari nafkah dan nak fokus belajar tetapi membuat benda baik lebih mulia dari buat maksiat sampai kita sakit jiwa menangung malu serta mengorbankan anak kecil yang tidak berdosa ...fikir-fikirkanlah

disebabkan perkara2 diataslah , saya memberanikan diri membantu sesiapa yang jujur , ikhlas dan yakin untuk berkahwin atau menambah isteri . kita dapat merasakan akibat terlalu banyak maksiat , anak luar nikah , pergaulan tanpa batasan , kehidupan sonsang serta lemahnya undang-undang islam dilaksanakan ..maka datanglah amaran dan bala yang keras dari ALLAH TAALA....bukan batu besar dari langit tetapi nyamuk kecil dan asap kotor @ jerebu yang ingin menunjukan kepada manusia , bahawasanya ALLAH TAALA berkuasa keatas kita dan akan dipertanggungjawabkan perbuatan kita didunia ini . insyaallah , semoga setiap bala dan musibah menjadi pengajaran bagi yang berakal dan berfikir....amin
sihatceriacergas & the endaevour to achieve more...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan