Isnin, 1 Jun 2009

selamat pengantin baru dan tahniah warga penanti



DOA AGAR DIKURNIAKAN KEAMPUNAN, HIDAYAH, REZEKI DAN KESELAMATAN

اللهُمَّ اغْفِرْلِي، واهْدِنـِي، وَارْزُقْنِي، وَ عَافِنـِي، أَعُوذُ بِاللَّـهِ مِنْ ضِيقِ الْمَقَامِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ.

Maksudnya: “Ya Allah , ampunilah aku, berilah hidayah padaku, anugerahkanlah aku dengan rezki, berilah afiat kepadaku, aku mohon perlindunganMu dari kesempitan tempat berdiri di hari akhirat kelak . amin



Limau manis dimakan manis
Manis sekali rasa isinya
Dilihat manis dipandang manis
Manis sekali hati budinya

Pergi ke sawah menanam padi
Singgah disungai menangkap ikan
Hidup hendaklah bersendikan budi
Sifat sombong jangan amalkan





Rumah limas anjung Selatan
Bunga kemuning tumbuh di laman
Tangkainya emas bunganya intan
Bolehkah ranting hamba patahkan

Tumbuh betik di tepi laman
Pokok berangan pokok teruntum
Sungguh cantik bunga di taman
Bolehkah gerangan petik sekuntum

pagi yang ceria dan mendamaikan...tahniah kepada pengantin baru dan bakal ahli madu3...orang baru kahwin dan bakal tambah bini baru ..gaya senyumnya seperti bulan mengambang , berseri-seri wajahnya....



jagalah isteri dengan baik dan penuh kasih-sayang , satu nikmat tak terhingga ( bagi yang berfikir )..dan setiap perbuatan kita mengembirakan hatinya mendapat pahala dan kemuliaan..dan jika kamu ingin melepaskannya ...pulangkan dalam keadaan penuh penghormatan dan adab sopan....( dan nasihat kepada kawan2..carilah perempuan yang baik2 kerana.." jumpa tepi jalan , selesai tepi jalan & mahkamah syariah.."

ari Aisyah r.a katanya:”Seorang wanita datang kepadaku membawa dua orang anaknya, meminta makanan. Tetapi tiada apa yang boleh didapatinya daripadaku ketika itu selain daripada sebiji kurma, lalu kuberikan kepadanya. Kurma itu dibahagi dua dan diberikannya kepada kedua anaknya itu, dan ia sendiri tidak memakannya. Kemudian ia berdiri dan terus pergi. Setelah nabi s.a.w datang, aku ceritakan hal itu kepada baginda.

sihatceriacergas & the endaevour to achieve more...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan