Selasa, 3 Ogos 2010
aksi gerakerja operasi " PKNS " fasa 1
Monday, August 2, 2010
Universiti Kehidupan 158 – Kena Tawadhuk Dengan Ilmu dan Berani Dengan Suasana…
Kalau ingin kongsi pengalaman, di manakah tempat yang paling mencabar untuk saya sampaikan ceramah? Antara yang paling mencabar untuk sampaikan ceramah adalah di tapak “Jom Heboh”.
Kenapa?
Sebab tempatnya terbuka, orang lalu lalang, ada yang duduk sekejap dalam kawasan ceramah kerana nak rehat sebab ada kerusi, ada yang isteri duduk, kemudian suami cuit ajak pergi, ada yang suami duduk, isteri beliakkan mata, ajak gerak dan seribu satu macam ragam manusia.
Kalau orang yang tak biasa bagi ceramah macam tu, sudah tentu panas hati melihat orang yang endah tak endah pada ceramah kita. Kalau jenis yang berceramah kat surau dan masjid semata-mata tentu akan berkata:-
“Hoi.. kalau tak nak hormat saya, hormat ilmu la….”
Apa jadi, tentu pendengar akan jawab..
“lu apahal ustaz…..”
Tapi itu yang pernah saya saksikan, seorang penceramah marah-marah kerana seolah ceramahnya tak diendahkan..
Dengan izinNya, saya banyak kali terlibat dengan ceramah di “Jom Heboh”. Alhamdulillah, rupanya, ia satu latihan yang sangat bagus untuk para pendakwah.
Kita akan sedar betapa, sepatutnya, kita perlu ceramah pada orang macam ni. Orang dekat masjid itu semua dah baik, yang macam ni yang perlu kita dekati dan beri kata-kata hikmah.
30 Julai 2010, jam 9.00 malam. Saya dijemput untuk memberikan ceramah di Stesen Bas Seksyen 17 Shah Alam anjuran Persatuan Pemandu Teksi Seksyen 17 Shah Alam.
Kaedaannya macam dekat “Jom Heboh”, orang lalu lalang dan kadang kala, butir ceramah terpaksa bertembung dengan pengumuman ketibaan bas.
Cuma, ia tidak sehebat cabaran di “Jom Heboh” kerana di sini malam ini, masih ada orang masjid yang duduk mendengar. Jadi taklah rasa keseorangan.
Apa pun keadaannya, sesungguhnya, para pendakwah perlu berlatih untuk berceramah dalam apa keadaan sekalipun.
Tak boleh marah-marah, tak boleh kecil hati jika orang tak peduli dan tak boleh tinggikan suara sebab tak puas hati pada pendengar yang tak endahkan kita.
Sesungguhnya, kemanisan memberi ceramah bukan perasaan rasa diri hebat melontarkan idea, hadis serta ayat Quran, kemanisan memberi ceramah apabila melihat diri sendiri tersentuh dengan ayat yang kita baca, terasa seolah ia ditujukan pada diri sendiri, kemudian dari hati yang luluh ini, keluarlah kata-kata ikhlas di lisan dan kita melihat orang lain juga luluh hati bersama kita mengenangkan kebesaran Ilahi.
Jika kita dapat latih diri ini menjadi demikian, dalam apa keadaan dan situasi, kita akan dapat memberikan ceramah dengan sama kualitinya, sekalipun, di hadapan kita hanya seorang kanak-kanak yang mendengarnya
“Universiti Kehidupan, Pengajian Sepanjang Hayat”
Al-Faqir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Shah Alam
http://www.ustazamin.com/
sihatceriacergas & the endaevour to achieve more...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan