Pihak Yayasan Amal Malaysia mengucapkan selamat datang kepada semua perwakilan dan pemerhati ke Persidangan Pemimpin IFRAD (International Federation for Relief & Development). Persidangan ini berlangsung selama 3 hari bermula 9hb hingga 11hb Disember 2011, bertempat di De Palma Hotel, Ampang, Malaysia.
Persidangan Pemimpin IFRAD ini bertujuan membentuk jaringan antarabangsa sesama NGO muslim bagi meningkatkan lagi kebajikan dalam misi kemanusiaan yang dijalankan.
http://www.amalmalaysia.net/v2/?p=740
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Manusia yang paling dikasihi Allah ialah orang yang memberi manfaat kepada orang lain dan amalan yang paling disukai oleh Allah ialah menggembirakan hati orang-orang Islam atau menghilangkan kesusahan daripadanya atau menunaikan keperluan hidupnya di dunia atau memberi makan orang yang lapar. Perjalananku bersama saudaraku yang muslim untuk menunaikan hajatnya, adalah lebih aku sukai daripada aku beriktikaf di dalam masjid ini selama sebulan, dan sesiapa yang menahan kemarahannya sekalipun ia mampu untuk membalasnya nescaya Allah akan memenuhi keredhaannya di dalam hatinya pada hari Qiamat, dan sesiapa yang berjalan bersama-sama saudaranya yang Islam untuk menunaikan hajat saudaranya itu hinggalah selesai hajatnya nescaya Allah akan tetapkan kakinya(ketika melalui pada hari Qiamat) dan sesungguhnya akhlak yang buruk akan merosakkan amalan seperti cuka merosakkan madu." Riwayat Ibnu Abi Dunya
Khidmat Pengiring @ Escort Perwakilan IFRAD 2011 dari PERTUBUHAN CANSUYU, TURKEY
Katakanlah: “Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.” (Al-An'aam 6:162)
sihatceriacergas & the endaevour to achieve more...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan