Khamis, 23 September 2010

perkhidmatan PENYEWAAN PERALATAN KOMPUTER & MULTIMEDIA








Setiap orang pasti pernah menerima pujian. Sewaktu kecil, mungkin kerana kita jadi anak yang baik, pelajar yang serba boleh di sekolah, atau apa juga hal yang menyenangkan orang lain. Sesudah dewasa, mungkin kerana bermanfaatnya kita kepada manusia lainnya, atau pencapaian luar biasa kita dalam kehidupan yang sukar diperolehi oleh orang lain, atau berbagai lagi perkara yang selayaknya mendapat pujian.

Disatu segi pujian boleh menambah motivasi sesaorang. Seumpama anak-anak kecil yang mampu menyempurnakan puasa pada hari pertama Ramadahan. Pujian dapat mendorong dia untuk mencuba lagi berpuasa pada hari-hari berikutnya.

Disudut yang lain pujian boleh juga memusnahkan sesaorang.
Lalu bagaimana kita ?

Ketahuilah bahawa jika Allah membuka semua aib kita dihadapan manusia, maka kita tidak akan menemui walau seorangpun yang akan memuji dan memuliakan kita. Tidak akan ada orang yang boleh kita ajak berbicara perihal kebaikan tentang diri kita. Jika ada manusia yang memberikan penghormatan kepada kita, itu sebenarnya terjadi kerana Allah juga yang telah menyembunyikan aib kita.

Oleh itu sebenarnya segala pujian yang dihamburkan pada kita, Allah-lah yang berhak menerimanya lantaran Ia yang menutupi kita. Maka pada akhirnya, hanya Allah Yang Mahamulia yang layak menerima segala puja dan puji.

Syaikh Ibnu 'Atha'illah berkata :
" Barangsiapa yang menghormatimu, sebenarnya ia hanya menghormati keindahan tutupNya yang ada padamu. Kerana itu pujian adalah bagi Dzat Yang telah menutupimu...... "

http://mhuzazi.blogspot.com/2010/09/jangan-syok-sendiri.html
sihatceriacergas & the endaevour to achieve more...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan