Kita mahu menjadi sebuah organisasi yang Usuliy (Fundamentalis) dari sudut prinsip, Muasir (Kontemporari) dari sudut perlaksanaan dan Istiqbaliy (Futuristik) dari sudut persiapan masa depan.
irsyad sidi tel : +6 019 213 6502 / 019 207 4779
Dari Anas bin Malik r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa mahu supaya rezekinya ditambah dan umurnya dipanjangkan, hendaklah dia menghubungkan silaturrahmi di antara saudara-saudaranya . (HR Bukhari)
sihatceriacergas & the endaevour to achieve more...
Kisah ini berlaku tiga tahun lepas sebelum aku bergelar perunding kejuruteraan. Ketika itu, aku masih seorang jurutera muda.
Pertemuan aku dengan Pak Cik Roslan (bukan nama sebenar) membuatkan mata aku terbuka dan hati yang senang untuk memikirkan keadaan aku sekarang.
Pak Cik Roslan seorang jurutera hebat. Projek kerajaan atau swasta, tidak kira bangunan atau jalan, Pak Cik Roslan tidak ketinggalan dalam mencatatkan dirinya sebagai berpengalaman.
Maklum sahajalah jika begitu berpengalaman, tentu dia seorang yang jauh lebih daripada seorang kaya, seorang yang hidup mewah.
Dia bercerita "Zul.. Pak Cik daripada satu projek ke satu projek... berjuta-juta mahalnya projek, 'income' tak pernah putus. Sesekali tu dua tiga projek serentak! Tak sempat balik ke rumah, cari hotel untuk bermalam, lima bintang tu dah kira rumah."
Aku tergamam.
Sambungnya "Pak Cik hidup mewah, rumah besar, kereta mewah, duit melimpah-limpah."
Tergerak hati aku "Adakah Allah menghantar insan ini sebagai peringatan kepadaku? Wallahu'alam."
"Tapi Zul.. hidup Pak Cik jauh dari masjid. Solat Pak Cik tunaikan tapi jarang ke masjid, Pak Cik cari kemewahan. Pak Cik dapat kemewahan."
Suatu hari, sedang Pak Cik Roslan di tapak pembinaan memantau projek bernilai berjuta-juta ringgit. Pak Cik Roslan diserang sakit jantung. Dikejarkan ke hospital. Terlantar sepuluh hari.
Sesudah keluar daripada hospital, kerja projek disambungnya. Projek pula bertukar ganti dan Pak Cik Roslan bertambah mewah.
Sekali lagi Pak Cik Roslan diserang 'stroke' terjatuh terlantar. Dadanya dibedah untuk dibuat 'bypass'. Nasib pakcik Roslan baik, 'stroke' tidak melumpuhkan dia.
Dua bulan Pak Cik Roslan berehat daripada bekerja. Dalam ketika itu, Pak Cik Roslan banyak menghabiskan masa di negara Eropah untuk merehatkan diri.
Selepas itu, Pak Cik Roslan kembali beraksi.
"Ahh! Sakit tu kekadang saja. Pakai duit pun tak banyak.. yang penting harta kena ditambah semula." Enak kata hatinya.
Pada hari pertama di pejabat, sebelum pulang, Pak Cik Roslan merasa pelik, kerana pejabatnya kosong. Mana perginya kakitangan beliau? Walhal, sebentar tadi sahaja masih ramai orang bekerja.
Tidak hiraukan perkara itu, Pak Cik Roslan melangkah ke pintu keluar pejabatnya. Sampai sahaja di tengah-tengah pejabat, 'stroke' datang menjengah lagi!
Suatu suara datang membisikan pada telinganya,
"Satu juta tak cukup.. dua juta tak cukup.. sepuluh juta tak cukup.. sekarang siapa mahu tolong? sepuluh juta boleh tolong?"
Suara itu jelas dan amat lancar. Tetapi bukan datangnya daripada mana-mana manusia pun. Tiada seorang pun berada di situ. Wallahu'alam.
Pak Cik Roslan jatuh kejang di atas lantai, terbaring.. kakinya kejang, tangan menarik-narik bajunya sendiri. Wajahnya pucat.
Pak Cik Roslan cuba menghubungi ambulan untuk mendapatkan bantuan. Malangnya gagal, apabila telefon bimbit yang tercanggih dibelinya, termahal dan termewah. Tampak segak bergaya dan mewah sekali telefon bimbit itu. Namun, satu punat pun Pak Cik Roslan tidak berjaya menekannya.
Anggaran tiga hingga empat jam selepas itu, barulah pekerjanya menyedari akan keadaan Pak Cik Roslan dan dia dikejarkan ke hospital.
Mengikut cerita pekerjanya, sepanjang hari sememang-memangnya pejabat itu begitu ramai orang dan ketika kejadian menimpa Pak Cik Roslan pun, pejabat sebenarnya masih belum kosong.
Rakaman CCTV juga menunjukan pejabat tidak sesekali kosong. Bayangan Pak Cik Roslan berjalan menuju pintu keluar dan jatuh begitu jelas. Namun, dengan kuasa Allah, Pak Cik Roslan tidak nampak sesiapa dan tiada sesiapa nampak Pak Cik Roslan jatuh.
Sejak daripada peristiwa itu, Pak Cik Roslan insaf dan sedar. Kini, Masjid Negara adalah rumah keduanya. Dia tidak lagi bekerja dan banyak menghabiskan hidupnya dengan menimba ilmu agama dan beribadah kepada Allah.
"Zul.. tak guna duit ada berjuta.. duit tak tolong bila kita susah.. apa guna ada rumah besar tapi tidak menjadi tempat tidur dan rehat, tidur hotel pula, apa guna kereta mewah dan besar tetapi tak boleh 'drive' sendiri dan bila mati tak pula naik kereta tu semua, apa guna ada duit dan mewah tapi tidak hidup bekeluarga."
"Apa yang penting Zul.. adalah ilmu kerana dengan ilmu kita kenal Allah dan agama.. daripada situ kita mohon rahmat dan berkat."
Pak Cik Roslan kini mengambil diploma dalam Pengajian Islam kerana kuliah di masjid terlalu perlahan untuk dia menimba banyak ilmu yang telah lama kosong dari dalam dirinya.
Kepada Pak Cik Roslan, terima kasih kerana berkongsi cerita dengan saya dan menjadi pengajaran yang amat besar bagi saya. Izinkan saya berkongsi cerita ini agar semua orang dapat memanfaatkan pengajarannya. Pak Cik Roslan, telah lama kita tidak bertemu. Semoga Allah memberikan rahmat dan hidayah-Nya kepadamu.
Pertemuan kita sekejap tetapi amat mahal harganya. Syukur kepada-Mu Ya Allah. Alhamdulillah.
- Artikel iluvislam.com
sihatceriacergas & the endaevour to achieve more...
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.
Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman.
Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil.
Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik.
Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.
Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka.
Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.
sihatceriacergas & the endaevour to achieve more...
"Abang! Ini adalah takdir Allah. Kita terima dengan penuh redha." Ujar si isteri kepada suami sambil meriba anak cacat yang baru dilahirkan itu.
"Ahhh!! Begitu mudah kau kata takdir. Ini adalah akibat dirimu yang sial, maka lahirlah anak yang cacat ini...!" jawab suami menafikan kata-kata isterinya.
Si suami terus marah-marah menyalahkan isterinya. Kelahiran anak cacat yang tidak diingini itu kononnya berpunca daripada si isteri, isteri yang membawa sial. Isteri bawa malu kepada suami dan seluruh keluarganya.
"Keturunan abang baik-baik belaka. Tidak ada yang cacat seperti anak kau ini," berleter si suami dengan bibir mencebik menghina isteri. Isteri terdiam kaku. Dia tidak mahu bersuara lagi. Dia hanya terus menangis dan terus menangis. Itulah bermulanya detik kepahitan hidup yang dirasai oleh seorang ibu muda. Mimpi indah selama ini telah padam dan diganti dengan kepahitan. Derita dan susah. Dirinya dihina dan dicemuh oleh suami sendiri.
Bayi yang masih merah disisinya itu belum tahu erti penderitaan dalam hidup. Ibunya tidak mahu menyoal kenapa anaknya dilahirkan cacat. Cacat yang belum pernah dialami oleh anak-anak lain di kampungnya. Cacat kurang jari pernah berlaku. Bibir sumbing pernah terjadi.
"Tapi, anakku cacat. Tiada kaki, tiada tangan," bisik si ibu di dalam hati. Hatinya sebak dan dia menangis lagi, sedih dan pilu.
"Tak apalah suami ku menghina, jiran-jiran pun turut menghina aku," bisik hati si ibu dengan sedih dan terus menangis.
"Ya Allah! Berilah kesabaran kepadaku..." Dia berdoa sambil menadah tangan.
Si ibu menarik nafas panjang. Alhamdulillah lega sedikit. Sebahagian ruang rumahnya mulai disinari cahaya matahari pagi. Kini dia hanya bersama dengan bayinya. Suaminya telah keluar entah ke mana. Wajah bayi yang comel itu ditatapnya dengan penuh kasih sayang. Bayi itu diberi nama Hasan.
"Hasan, anak ku sayang! Ibu tetap sayang padamu. Kelahiranmu atas kehendak Allah. Kau ditakdirkan Allah jadi begini. Allah Maha Kaya, nak," bisik hati si ibu dengan tenang, penuh redha atas ketentuan Ilahi.
"Ya Allah, Kau takdirkan anak ku cacat begini. Aku yakin Engkau jugalah yang akan melimpahkan rahmat dan berkat pada dirinya," bisik hati si ibu lagi menaruh harapan penuh pada Tuhan Yang Maha Kaya.
Si anak semakin membesar. Kini dia telah berusia dua tahun. Si bapa telah lari entah ke mana. Si ibulah yang tetap membelanya dengan penuh kasih sayang. Apabila ke pasar, bayi itu dimasukkan di dalam periuk. Periuk itu dibimbit kesana-kemari. Ada orang yang bersimpati dan memberi wang, tetapi ramai yang terus mencemuh dan menghina. Ketika si anak masuk usianya lima belas tahun, penderitaan si ibu semakin bertambah berat. Ramai orang, terutama wanita-wanita terus menghina dan mencemuhnya. Akhirnya dia berpakat dengan anaknya untuk meninggalkan kampung halaman.
"Hasan, Ibu ada cadangan," ujar si ibu kepada anaknya pada suatu pagi. "Cadangan apa ibu?" tanya Hasan. "Kita jual harta pusaka peninggalan atuk dan kita pergi ke Tanah Suci Makkah. Kalau boleh kita terus tinggal di sana," ujar si ibu kepada Hasan.
"Elok cadangan ibu tu. Di sana kita boleh ibadah banyak-banyak. Bumi Allah ini luas bu..." anak yang lincah dan cerdik itu beri persetujuan.
Alhamdulillah, akhirnya hajat dua beranak itu dimakbulkan Allah. Setelah memohon maaf kepada sanak-saudara, maka keduanya pun berangkat ke Tanah Suci Makkah. Meninggalkan kampung halaman yang terletak di salah sebuah wilayah kawasan Melayu di Selatan Thailand. Peristiwa ini berlaku sekitar tahun 50-an.
Bumi Makkah kini telah meriah. Tidak seperti mula-mula dahulu, ketika diteroka oleh keluarga Nabi Allah Ibrahim A.S. Waktu itu sunyi sepi. Tiada manusia yang tinggal disana, tiada air dan tiada tumbuh-tumbuhan. Berkat ketakwaan Siti Hajar dan berkat doa Nabi Ibrahim A.S. kini Makkah menjadi sebuah bandar yang makmur. Ramai penghuninya yang datang dari seluruh pelusuk dunia. Dan, disana ramai orang-orang yang datang dari tanah Jawi. Maksudnya dari kawasan Tenggara Asia termasuk dari selatan Thailand. Si ibu bersama anaknya yang baru datang itu telah disambut dan diterima dengan baik oleh orang-orang Makkah, khususnya yang berasal dari selatan Thailand yang banyak menetap disana.
"Jangan susah-susah, kak. Tinggallah di rumah kami. Anggaplah kami ini seperti keluarga kakak. Kita sama-sama merantau, mengharap Rahmat di bumi Makkah," ujar seorang yang berasal dari Yala yang baik hati.
Kedua beranak itu pun tinggal di rumah tersebut. Si ibu membantu kerja-kerja rumah. Anak yang cacat tetapi pandai membaca al-Quran itu mengajar mengaji kepada anak tuan rumah dan anak-anak jirannya. Alhamdulillah, kehidupan mereka berdua benar-benar berubah. Hilang segala penderitaan dan kesusahan bertukar aman tenteram. Rezeki datang tidak putus-putus.
Pada suatu hari, ketika waktu solat, si ibu ke masjid bersama anaknya. Anaknya itu didudukkan di atas kerusi roda. Tiba di masjid, anaknya itu ditinggalkan di serambi masjid. Si ibu masuk ke kawasan kaum wanita di dalam masjid. Di Makkah boleh dikatakan sudah menjadi satu budaya iaitu sesiapa yang kelihatan dhaif, lebih-lebih lagi cacat maka amat mudahlah menerima sedekah daripada para dermawan. Bersedekah amat digalakkan dalam Islam terutama kepada yang susah, tetapi umat Islam dilarang daripada menerima sedakah kecuali jika miskin, cacat dan tak mampu untuk bekerja.
Hasan secara terpaksa untuk menerima sedekah orang ramai yang mencurah-curah sebelum dan selepas orang ramai menunaikan solat. Kehidupan dua beranak itu agak lega. Bagaimanapun Hasan tidak lupa kaum keluarganya yang susuh di kampung. Dia selalu mengirimkan wang dan hadiah kepada mereka menerusi jemaah haji yang datang dari kampungnya.
Pada suatu hari, salah seorang Raja Saudi berkunjung ke Masjidil Haram. Baginda telah bertemu dengan Hasan. Hasan telah disoal dengan panjang lebar. Dari mana asal datangnya, dengan siapa dia tinggal di Makkah dan lain-lain lagi.
"Mulai dari hari ini, kamu jangan minta sedekah lagi. Beta akui kamu sebagai rakyat Saudi. Kamu akan diberi sara hidup bulanan. Kamu juga dianugerahkan sebuah rumah," titah Raja itu kepada Hasan.
Betapa gembiranya Hasan pada masa itu, kerana terlalu gembira hinggakan dia menitiskan air matanya membasahi pipinya.
"Alhamdulillah syukur...! Terima kasih tuanku, Terima kasih tuanku, Terima kasih tuanku," ujur Hasan beberapa kali dengan rasa kegembiraan yang tidak terhingga.
Apabila si ibu mengetahui akan hal itu, betapa gembiranya si ibu. "Inilah berkat dan rahmat limpahan Allah kerana kita bernaung dibawah lindungan Kaabah-Nya, wahai anakku," ujur si ibu dengan menitiskan air mata gembira sambil memeluk dan mengucup dahi anaknya.
Beberapa tahun kemudian usia Hasan telah pun meningkat kepada dua puluh lima tahun. Walaupun dia kudung kedua-dua belah tangan dan kakinya, namun badannya dalam keadaan sihat, dan sebagai insan biasa dia juga memiliki naluri sebagai manusia yang lain.
"Aku sihat, wang saraan hidup aku setiap bulan sangat lumayan, lebih dari cukup untuk keperluan diriku dan ibuku, malah rasanya aku mampu untuk menyara isteri dan anak-anakku yang bakal lahir," bisik hati Hasan. "Tetapi aku cacat.... siapa yang sudi menjadi isteriku?" Hasan bersedih mengenangkan nasib dirinya. Kesedihan itu berlarutan beberapa hari sejak kebelangan ini dan hal ini diketahui oleh ibunya.
"Kenapa kau sedih Hasan? Apa yang kurang untukmu. Wang ada, makanan cukup, rumah tempat kediaman pun ada," tanya si ibu kepada Hasan, anak kesayangannya. "Kau beritahulah kepada ibu, Hasan. Apa masalahmu?"
Hasan tak menjawab dan hanay mendiamkan diri. Si ibu yang tajam pemikiran itu akhirnya dapat mengagak kenapa anaknya bersedih. "Hasan, kau ingin mencari jodoh?", tanya si ibu.
"Siapalah orangnya yang sudi menjadi isteri saya, ibu? Saya cacat," jawab Hasan.
"Hasan, kalau sungguh kau ingin beristeri, jangan susah hati. Ibu akan berdoa kepada Allah dan kau pun berdoa juga. Allah Maha Kaya, Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang, Hasan," nasihat si ibu dengan suara yang lunak.
Hasil perbincangan kedua beranak itu maka akhirnya dihantar seorang utusan ke kampung halaman mereka di selatan Thailand dengan membawa sekeping gambar wajah Hasan yang memang lawa itu. Orang itu diamanahkan untuk mencari jodoh wanita solehah dan berbudi bahasa. Dia diwakilkan menerima akad bagi pihak dari Hasan.
Alhamdulillah, dengan pertolongan Allah, jodoh ditemui dan akhirnya diijab-qabulkan. Beberapa hari kemudian, wanita itu dibawa ke Makkah dan dipertemukan dengan pasangannya yang sedang menunggu di sana. Wanita itu diperkenalkan dengan suami dan ibu mertuanya. Aduh... alangkah terperanjatnya wanita itu apabila terpandang suaminya yang cacat. Dia terperanjat besar. Dia sama sekali tidak menyangka suaminya cacat sedemikian rupa. Wanita itu jatuh pengsan. Hasan pun bersedih mengenangkan nasib dirinya. Isteri yang baru ditemui nampaknya enggan menerima Hasan sebagai suaminya.
Melihat keadaan demikian, si ibu yang solehah itu segera mengambil wuduk lalu pergi ke Masjidil Haram lalu mendirikan solat dua raka'at, kemudian berdoa kepada Allah semoga wanita tadi sembuh dari pengsannya.
"Ya Allah, sembuhkanlah menantuku, isteri kepada anak kesayanganku. Limpahkan perasaan kasih dan sayang dihatinya terhadap anakku, dengan rahmat-Mu, wahai Tuhan Yang Maha Mengasihani," doa si ibu dengan sungguh-sungguh di depan Kaabah.
Si ibu pun lalu mengambil air Zamzam untuk diberi minum kepada menantunya di rumah. Sesampainya dia rumah, Alhamdulillah, si ibu mendapati menantunya sudah sedar. Dia sudah mula mengorak senyum. Sedih berganti kegembiraan. Dia bangun memeluk ibu mertuanya dengan erat sambil berkata. "Maafkan saya, ibu. Maafkan saya, ibu."
Kemudian dia mendekati suaminya sambil berkata "Maafkan saya, bang. Maafkan saya, bang," sambil mencium dahi Hasan, suaminya. Hasan menitis air mata kegembiraan. Dia bersyukur kepada Allah S.W.T. Nampaknya si isteri sudah menerima dirinya sebagai suaminya.
Ya, berkat doa ibunya maka Allah telah meletakkan di hati wanita itu perasaan cinta, kasih dan sayang kepada suaminya yang cacat. Mungkin dia berkata di dalam hatinya, "Kalau aku tidak mahu menjadi isterinya, siapakah wanita lain yang sudi menerimanya sebagai suami."
Hasil perkahwinan mereka itu telah dikurniakan lapan orang anak. Hasan sekeluarga tinggal di sebuah perkampungan kira-kira empat kilometer dari Masjidil Haram. Mereka tinggal di sebuah rumah dua tingkat yang selesa. Hasan hidup bahagia, mendapat limpahan rahmat dan keberkatan Ilahi. Hasan mempunyai sumber pendapatan tetap sara hidup yang lumayan. Dia juga memiliki sebuah kereta siap dengan pemandunya serta pembantu rumah.
Kali terakhir penulis kisah benar ini bertemu dengan salah seorang anak Hasan ialah pada tahun 1998. Penulis tidak dapat bertemu dengan Hasan pada ketika itu kerana Hasan berkebetulan ke Madinah.
Sungguh Allah Maha Kaya, Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Dia yang mencipta hamba-Nya dan Dialah yang memberi nikmat kesenangan kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Biarpun cacat, kudung kedua tangan serta kakinya, namun Hasan tetap berjiwa takwa. Orang yang bertakwa dikasihi Allah S.W.T.
Allah melimpahi rezeki yang tidak putus-putus dan segala masalah mendapat penyelesaian sebaik-baiknya. Hasan sungguh bahagia, lebih-lebih lagi apabila dia mendapat kasih sayang ibunya dan selalu didoakannya dengan doa-doa kebaikan, tambahan pula segala doa-doa itu dipanjatkan didepan Kaabah.
- Artikel iluvislam.com
sihatceriacergas & the endaevour to achieve more...
Pengalamanku 1 : ILMU ALLAH SWT – Allah Pemberi Rezeki Para Makhluk Pengalaman yang kulalui ini adalah sekadar teladan bagi mana yang baik dan sempadan sekiranya dirasakan tidak baik. Diharap apa yang dikongsikan pada tajuk ini dapatlah sama-sama kita mendekatkan diri kepada Allah SWT hendaknya…Insyallah
Aku selalu berfikir setiap kejadian yang berlaku dalam hidupku samaada sekarang, dahulu mahupun akan datang dari sudut berbeza. Makannya kita lihat dari sudut positif. Sudah menjadi kebiasaanku melihat sesuatu itu dengan hati dan bukan dengan perasaan. Adalah juga menjadi hobi ku memikirkan apa yang berlaku itu, kenapa ia berlaku, bagaimana ia berlaku, apa kesan ia berlaku dan kenapa Allah SWT jadikan ia berlaku..tidak kira ianya baik atau buruk. Kerana aku percaya setiap yang berlaku walupun buruk, sebenarnya tersembunyi sesuatu yang baik. Itu yang Allah SWT mahu kita sendiri berfikir akan kejadian yang di Qadak Qadar kan. Jika sesuatu yang buruk berlaku,kita berfikir dengan perasaan, sudah tentu apa yang Allah SWT nak tunjukkan dan berikan secara tersirat kita tak dapat perolehi. Malahan ia juga boleh dikatakan sebagai ujian. Kebanyakkan kita bila sesuatu berlaku, kita akan mengatakan..Oh! Ujian Allah SWT..sabar…sabar…itu tindakan yang betul. Namaun ada baiknya lagi sekiranya kita berfikir kembali seperti yang aku katakana tadi..kenapa ia terjadi?apa sebab Allah SWT mahukan ia terjadi…
Tajuk kali ini aku berkisarkan tentang Ilmu Allah seperti diatas juga tapi lebih menjurus kepada soal rezeki. Aku percaya setiap daripada kita ada rezekinya masing-masing. Tidak kiralah berjawatan tinggi atau rendah, berniaga atau tidak. Peminta sedekah sekalipun diberikan rezeki. Tetapi macamana rezeki tersebut datang. Itu yang menarik perhatianku. Itu yang membuatkan aku berfikir dan kagum dengan apa yang berlaku atas kekuasaan-Nya. Kebanyakkan kita mungkin tidak pernah terlintas atau berfikir akan kejadian ini.
Suatu hari, Aku ke masjid Kg. Baru untuk bersolat jumaat. Sebaik memasuki masjid, azan berkumandang..sesudah solat sunat. Aku duduk menanti khutbah. Semasa sedang duduk melihat-lihat orang sekeliling. Tiba-tiba melintas seorang hamba Allah membawa karung kain untuk sedekah masjid. Aku cepat-cepat cuba mengeluarkan dompetku. Tetapi tak sempat. Dia berlalu pantas. Punyalah laju dia berjalan. Terlintas juga aku, masjid ni agaknya tabung sedekahnya banyak ni…aku sangkakan orang yang memungut sedekah tu akan lalu semasa khutbah. Jadi aku mengeluarkan beberapa RM dan diletakkn di dalam poket baju. Manalah tahu kot-kot datang lagi..tapi memang dia dah tak datang. Aku fikir,takpelah. Masukkan dalam tabung masjid. Sesudah solat,semasa berjalan keluar entah macammana aku langsung terlupa akan tabung masjid. Setiba dip agar masjid datang seorang lelaki tua berkupiah ( solat sekali ) menadah tangan minta sedekah. Memang kelemahan utama aku bila tengok orang tua susah. Dengan tanpa berfikir panjang aku terus mengeluarkan beberapa RM yang sepatutnya aku masukkan dalam tabung masjid tadi dan memberikan kepada nya. Dia mengucapkan Alhamdulillah..aku berlalu pergi. Setiba di kedai kawanku yang berhampiran. Aku terfikir balik. Rupanya apa yang berlaku dalam masjid, adalah menjurus kepada rezeki untuk pakcik peminta sedekah itu. Besarnya kuasa Allah SWT. Dia membuatkan aku tak sempat untuk mengeluarkan dompet..Dia juga membuatkan aku terlupa untuk ke tabung masjid..rupanya duit tersebut sudah ditetapkan rezeki pakcik tersebut…Allahualam…
Pada hari lain pula..aku lupa sebelum ke selepas. Aku tiba-tiba teringin untuk makan KFC. Lalu aku drive ke sana. Aku keluarkan RM20 dan masukkan ke dalam poket baju. Senang nak bayar nanti. Setibanya di KFC, aku tiba-tiba datang terlintas di fikiran..Alah..buat apa aku makan KFC..mahallah…lagipun tengah-tengah bulan ni. Makan nasi lagi sedap kot. Aku terlintas nasi ayam kampong di satu medan makan di Cheras. Aku hanya lalu sahaja depan KFC dan menuju ke medan makan. Aku mengambil nasi dan membayar mengunakan duit yang aku letakkan dalam poket baju. Sedang aku makan, tiba-tiba datang seorang makcik dengan kanak-kanak kecil menjual kacang kecil. Orang melayu. Pakaian agak lusuh. Aku faham mereka orang susah dan meniaga kacang dalam paket-paket kecil kerana cuba berusaha dan tidak mahu meminta sedekah. Sampainya dimeja aku, aku lantas mengeluarkan duit baki dalam poket bajuku dan memberi kepadanya.Dia menhulurkan kacang. Tapi aku menolak. Aku katakana sedekah. Selepas mereka beredar. Aku kembali berfikir. Itu juga rezeki Allah SWT untuk makcik tua dan anaknya itu. Macammana daripada mula kejadian aku tiba-tiba teringin nak makan KFC..aku mengeluarkan duit ke dalam poket baju..aku tak jadi makan KFC dan teringin pula ayam kampong…rupanya dari segi masa memang tepat aku ke sana dan makcik tersebut ke sana…Maha Besar kuasa Allah SWT..
Banyak lagi kejadian-kejadian seperti berikut berlaku. Sebab tu orang selalu kata ulat dalam batu pun boleh hidup. Sebagaimana Firman Allah dalam Al-‘Ankabuut ayat 60 :
“ Dan berapa banyak binatang yang tidak ( dapat ) membawa ( mengurus ) rezekinya sendiri. Allah lah yang memberi rezeki kepadanya dan kepadamu dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui ”
Juga dirman Allah SWT dalam surah An-Nahl ayat 14 berbunyi :
“ Dan Dialah yang menudahkan laut, supaya kamu dapat makan daripadanya daging lembut hidup-hidup dan dapat pula mengeluarkan daripadanya benda-benda perhiasan untuk kamu memakainya dan ( selain itu ) engkau melihat pula kapal-kapal belayar padanya dan lagi supaya kamu dapat mencari rezeki dari limpahNya dan supaya kamu bersyukur ”
Juga Surah Al-Mulk ayat 15 :
“ Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu, mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah dan ( ingatlah ), kepada Allah jualah ( tempat kembali kamu sesudah ) dibangkitkan hidup semula ( maka hargailah nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya ) ”
Aku pasti apa yang berlaku ini pastu berlaku kepada kita semua. Dititik beratkan juga supaya sentiasa lah kita bersedekah. Sesukar mana pun kita, sedekahlah kerana pasti ada yang lebih sukar daripada kita. Allah SWT juga sudah janji kan akan pahala dan balasan di dunia kepada yang bersedekah..insyaallah…kejadian ini sama juga seperti kita. Cuba perhatikan kembali apa berlaku kepada diri sendiri. Bagaimana Allah SWT memberi rezeki kepada kita. Sama juga dari cerita-cerita orang pasal berkahwin tak cukup duit. Ramai orang kata jangan risau. Tarikh dah ada, Insyaallah sebelum tiba tarikhnya. Allah SWTakan datangkan rezeki kerana kita membuat benda baik. Begitu juga pasangan yang baru dapat anak atau pun anak ke-2 atau anak ke-3. Kadang-kadang kalau difikir secara logic kepada yang bekerja begaji tetap. Macammana mereka boleh menampung. Bagaimana pula orang selalu kata rezeki anak…rezeki anak…dapat anak naik pangkat…dapat anak naik gaji..ya betul..kerana itu kurniaan Allah SWT. Kerana bila dapat anak,sudah tentu kos hidup meningkat. Tetapi Allah SWT dengan bijak mengatur kembali agar anak iaitu amanah yang diberikan dapat keperluan. Namun ada juga sebaliknya. Hal tersebut kita kena rujuk kembali hubungan kita dengan Allah SWT. Ada sebab Dia berbuat demikian.
Oleh itu, sama-samalah kita merenung kembali kepada apa yang berlaku dan apa yang bakal berlaku tak kira baik atau buruk. Di mana Allah SWT sembunyikan yang baik nya. Itulah Ilmu Allah. Ilmu yang kita kena cari. Begitu juga dengan Ilmu ini. Apa yang anda baca ini adalah daripada Allah SWT. Jika tidak masakan aku boleh terlintas untuk membuka blog. Aku boleh terlinta untuk menaip tajuk ini. Aku terlintas untuk berkongsi tajuk ini. Apa yang anda baca ini adalah daripada Allah SWT untuk anda. Aku hanya perantaraan ataupun medium Allah SWT pakai untuk sampaikan ilmu ini kepada kita. Jadi hargailah ia…Allahualam…. Sekian..Wassalamu
http://saifulgomez.blogspot.com/2008/11/pengalamanku-1-ilmu-allah-swt-allah.html sihatceriacergas & the endaevour to achieve more...
Sri Cempaka Apartment, Kajang, Taman Sepakat Indah II, 43000, Selangor Tenure: Freehold Title Type: Strata Built-Up: 987 sq. ft. Price : nego Bedrooms: 3 Bathrooms: 2 Occupancy: Vacant Furnishing: Partly Furnished Facilities: Cafeteria, Mini Market, 24hr Security
Description: Cozy nice home . It is in a desirable location close to amenities, highways, town centre and in the vicinity of institutes of higher learning such as Uniten, MMU, KUIS, UPM, UKM and also within 20 minutes to Putrajaya. Well kept.
sesiapa berminat sila hubungi saya di no 019 213 6502 / 019 207 4779
atau layari http://madu3harta.blogspot.com/
sihatceriacergas & the endaevour to achieve more...
Name: irsyad sidi Email: teholimau@live.com Phone number: 0192136502 bed room : 3 Bathroom: 2 Facilities: Swimming pool, Mini market, Covered parking, Playground, Jogging track, 24 hour security, Balcony/Patio Other info: Non Bumi Lot Property Type: Condo / Services residence / Penthouse / Townhouse Bedrooms: 3 Size: 750 sq.ft. Area: Damansara Tenure: 90 Title type: Leasehold
Text: berdekatan highway utara selatan , berdekatan dengan sungai penchala , ikea , mutiara damansara dan pembangunan projek MRT - SUNGAI BULOH .
- 10mins dwive to Kepong Sentral Komuter station, 1.5km to Plaza Tol Sg Buloh, 45mins to KL city centre - Close to Sri Damansara Industrial Park, business centre,etc.
Price: RM 148000
sihatceriacergas & the endaevour to achieve more...
HARGA full package RM 178000.00 ( SERATUS TUJUH PULUH LAPAN RIBU )termasuk kos lawyer dan segala dokumentasi .
Facilities:Mini market,Covered parking,Playground,Jogging track,24 hour security,Balcony/Patio,Cable TV Furnished:Not furnished Bedrooms:3 bilik air : 2 Size:800 sq.ft. Post code:68100
* dekat masjid , sekolah , banyak tempat riadah , suasana tenang dan kehijauan , dekat highway duke , pantai timur , klcc dan MRR2. dekat zoo negara , banyak shooping komplex
sihatceriacergas & the endaevour to achieve more...
Price : RM 248 000 Type: Apartments, For sale Area: Sentul Title type: Leasehold Tenure: 95 Other info: Bumi Lot Size: 857 sq.ft. Bedrooms: 3 Bathroom: 2 Property Type:Condo / Services residence / Penthouse / Townhouse Facilities: Swimming pool, Mini market, Covered parking, Playground, Jogging track, 24 hour security, Balcony/Patio, Cable TV, Internet broadband
- kami ada memasang sistem air panas , perabot di bilik utama dan ruang tamu - banyak kemudahan spt swimming pool, security, carpark, balcony, playground dan mini market. - pengangkutan awam yang mudah. ada STAR-LRT , DUKE HIGHWAY , berdekatan HIGHWAY PANTAI TIMUR & UTARA SELATAN - laluan mudah ke Jalan Sentul dan Jalan Pahang, bersebelahan Lebuhraya DUKE. - penyewa rumah sudah ada
anggaran sewa MONTHLY RM 1000
sihatceriacergas & the endaevour to achieve more...
* RUANG TAMU YANG LUAS ( 800 sft ) * 3 BILIK dan 2 BILIK AIR * BERDEKATAN DENGAN SURAU, PADANG PERMAINAN, KEDAI RUNCIT, SEKOLAH, TADIKA, KLINIK, PASARAYA GIANT. * TERDAPAT AKSES MUDAH UNTUK KEMUDAHAN AWAM (BAS DAN TEKSI) * PERSEKITARAN YANG BAIK * YURAN MAINTENANCE YANG MURAH (HANYA SEKITAR RM 30 SEBULAN) * SEWA BULANAN MENCAPAI RM600 SEBULAN
AKSES MUDAH:
LEBUHRAYA MRR2, LEBUHRAYA PANTAI TIMUR, LEBUHRAYA DUKE, JALAN KUCHING, PUSAT BANDARAYA KUALA LUMPUR..
EXIT MUDAH KE TAMAN SRI GOMBAK, SELAYANG, SENTUL, MELAWATI dan sekitar.. ... NILAI PASARAN RM 110,000..
PELABURAN BIJAK..! JANGAN TERLEPAS PELUANG..!
sihatceriacergas & the endaevour to achieve more...
Prof. Dr. Hamka berkata '" Ilmu itu tiang untuk kesempurnaan akal. Bertambah luas akal, bertambah luaslah hidup, bertambah datanglah bahagia. Bertambah sempit akal, bertambah sempit pula hidup, bertambah datanglah celaka."
sihatceriacergas & the endaevour to achieve more...
[9] Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahNya). Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi. [10] Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: ” Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku – ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh “. [11] Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya; dan Allah Amat Mendalam PengetahuanNya mengenai segala yang kamu kerjakan.
http://www.alquran-melayu.com/63-al-munafiqun/
Seorang salafus soleh bersyair: “Telah kamu lewati waktu dan hari-harimu kamu hasilkan penuh dosa, telah datang utusan kematian sedang hatimu lalai, kesenanganmu di dunia hanyalah tipuan dan penyesalan dan hidupmu di dunia akan hilang dan binasa.” (Irsyadul Ibad Lil Isti'dadi yaumil Ma'ad, hal.9)
Hazrat Anas r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: Hanyasanya perkara-perkara yang membinasakan ialah sifat kikir yang dituruti, hawa nafsu yang dilayani dan orang yang menganggap dirinya baik. (HR Bazzar, Baihaqi, Targhib)
sihatceriacergas & the endaevour to achieve more...
Nabi Muhammad Saw terkenal dengan perhatian dan kasih sayangnya kepada anak yatim. Bukan saja karena beliau dilahirkan dalam keadaan yatim, tetapi juga karena al-Qur’an memberi tempat istimewa bagi golongan ini.
Coba cermati dua hadits berikut ini: “Aku dan pengasuh anak yatim [kelak] di surga seperti dua jari ini” [HR. Bukhari] --saat mengucapkan kalimat itu, Rasulullah menunjuk jari telunjuk dan jari tengah sembari merapatkan keduanya. Dan, “Sebaik-baik rumah kaum Muslimin ialah rumah yang terdapat di dalamnya anak yatim yang diperlakukan [diasuh] dengan baik, dan seburuk-buruk rumah kaum Muslimin ialah rumah yang di dalamnya terdapat anak yatim tapi anak itu diperlakukan dengan buruk.” [HR. Ibnu Majah].
Kedua hadits tersebutmenerangkan dengan jelas bahwa Nabi Saw memberi perhatian lebih kepada anak yatim. Beliau lahir ke dunia dalam keadaan yatim. Allah swt berfirman, "Bukankah Dia mendapatimu sebagai seorang yatim, lalu Dia melindungimu. Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang bingung, lalu Dia memberikan petunjuk. Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang kekurangan, lalu Dia memberikan kecukupan. Adapun terhadap anak yatim, maka janganlah kamu berlaku sewenang-wenang. Dan terhadap orang yang meminta-minta, maka janganlah kamu menghardiknya. Dan terhadap nikmat Tuhanmu maka hendaklah kamu menyebut-nyebutnya [dengan bersyukur]. " [QS ad-Dhuh: 6-11].
Makna ayat tersebutsecara harfiah adalah bahwa beliau dalam keadaan yatim lalu Allah swt melindunginya; beliau dalam keadaan tersesat lalu Allah memberinya petunjuk; beliau dalam keadaan fakir lalu Allah memampukannya. Allah melindunginya dengan mengasuhnya, membimbingnya, dan mencukupinya. Itu adalah derajat keutamaan yang tidak pernah dicapai oleh seseorang pun di dunia.
Allah swt mendidiknya saat kecil dan mengujinya dengan keyatiman saat beliau masih janin serta mengujinya dengan kelaparan sejak masih kecil, dan dewasa dengan kematian si ibu, saat beliau masih kecil dengan keterasingan di tengah-tengah keramaian, dan dengan terjaga di tengah-tengah tidur serta dengan penderitaan demi penderitaan. Allah swt telah menyiapkannya sejak usia dini untuk memikul beban risalah terakhir.
Meski dipelihara Allah, anak yatim tetap membutuhkan uluran tangan dari lingkungan sekitarnya. Terutama dari segi kasih sayang orangtua, yang tak mereka dapatkan dari orangtua kandungnya. Terlebih jika anak yatim tersebut masih ada hubungan darah dengan kita. Sedemikian pentingnya persoalanini, Rasulullah berkata, “Demi yang mengutus aku dengan hak, Allah tidak akan menyiksa orang yang mengasihi dan menyayangi anak yatim, berbicara kepadanya dengan lembut dan mengasihi keyatiman serta kelemahannya, dan tidak bersikap angkuh dengan apa yang Allah anugerahkan kepadanya terhadap tetangganya. Demi yang mengutus aku dengan hak, Allah tidak akan menerima sedekah seorang yang mempunyai kerabat keluarga yang membutuhkan santunannya sedang sedekah itu diberikan kepada orang lain. Demi yang jiwaku dalam genggaman-Nya, ketahuilah, Allah tidak akan memandangnya [memperhatikannya] kelak pada hari kiamat” [HR. Ath- Thabrani].
Begitu juga ketika ada peristiwa-peristiwa penting yang membuat si anak yatim teringat kepada mendiang orangtuanya. Di hari raya, misalnya. Rasulullah Saw bersabda, ”Siapa yang memakaikan seorang anak pakaian yang indah dan mendandaninya pada hari raya, maka Allah swt akan mendandani/menghiasinya pada hari Kiamat. Allah swt mencintai terutama setiap rumah, yang di dalamnya memelihara anak yatim dan banyak membagi-bagikan hadiah. Barangsiapa yang memelihara anak yatim dan melindunginya, maka ia akan bersamaku di surga.”
Dalam kesempatan lain, dari Ibnu Abbas Ra., Rasulullah bersabda, ”Dan barangsiapa yang membelaikan tangannya pada kepala anak yatim di hari Asyura, maka Allah Ta’ala mengangkat derajat orang tersebut untuk untuk satu helai rambut satu derajat. Dan barangsiapa memberikan [makan dan minum] untuk berbuka bagi orang Mukmin pada malam Asyura, maka orang tersebut seperti memberikan makanan kepada seluruh umat Muhammad Saw dalam keadaan kenyang semuanya.”— al-Hadits.
sihatceriacergas & the endaevour to achieve more...
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Manusia yang paling dikasihi Allah ialah orang yang memberi manfaat kepada orang lain dan amalan yang paling disukai oleh Allah ialah menggembirakan hati orang-orang Islam atau menghilangkan kesusahan daripadanya atau menunaikan keperluan hidupnya di dunia atau memberi makan orang yang lapar. Perjalananku bersama saudaraku yang muslim untuk menunaikan hajatnya, adalah lebih aku sukai daripada aku beriktikaf di dalam masjid ini selama sebulan, dan sesiapa yang menahan kemarahannya sekalipun ia mampu untuk membalasnya nescaya Allah akan memenuhi keredhaannya di dalam hatinya pada hari Qiamat, dan sesiapa yang berjalan bersama-sama saudaranya yang Islam untuk menunaikan hajat saudaranya itu hinggalah selesai hajatnya nescaya Allah akan tetapkan kakinya(ketika melalui pada hari Qiamat) dan sesungguhnya akhlak yang buruk akan merosakkan amalan seperti cuka merosakkan madu." Riwayat Ibnu Abi Dunya
sihatceriacergas & the endaevour to achieve more...