Kita mahu menjadi sebuah organisasi yang Usuliy (Fundamentalis) dari sudut prinsip, Muasir (Kontemporari) dari sudut perlaksanaan dan Istiqbaliy (Futuristik) dari sudut persiapan masa depan.
irsyad sidi tel : +6 019 213 6502 / 019 207 4779
sabda Rasulullah, : “Bertaqwalah kamu kepada Allah, dimanapun kamu berada, dan ikutilah keburukan itu dengan kebaikan, niscaya kebaikan itu akan menghapus keburukan itu. Dan bergaullah dengan manusia dengan akhlak yang baik” (HR. Tirmidzi, Ahmad ...dan Ad-Darimi) Firman Allah SWT yang bermaksud: Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad (yang berjuang dengan bersungguh-sungguh) di antara kamu, dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (tabah dan cekal hati dalam perjuangan)?
sihatceriacergas & the endaevour to achieve more...
“Dan sesungguhnya Allah mesti menolong orang yang menolong agamaNya, dan Allah itu Maha Kuat lagi Maha Perkasa. Orang-orang yang kami bolehkan kepada mereka memerintah di bumi mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, menyuruh kepada yang baik dan mencegah kemungkaran da bagi Allah akibat segala urusan.” (Al-Hajj: 41)
“Barangsiapa yang mengerjakan amal saleh, baik laki-laki maupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan.” ( QS.An Nahl : 97 )
sihatceriacergas & the endaevour to achieve more...
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda dalam sebuah hadith. Maksudnya:
“Diriwayatkan daripada Saidina Umar bin al-Khattab r.a. katanya : Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat. Sesungguhnya setiap orang itu akan mendapat sesuatu mengikut niatnya. Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu kerana Allah dan RasulNya. Sesiapa yang berhijrah untuk mendapatkan dunia dia akan mendapatkannya atau kerana seseorang perempuan yang ingin dikahwininya maka hijrahnya itu mengikut apa yang diniatkannya.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
sihatceriacergas & the endaevour to achieve more...
Ibnu Atho berpesan; Dimana tempat yang kamu rasa tenang dan damai dengannya, maka itulah urusan yang Allah pilih untuk mu. Alangkah indahnya berada ditempat yang Allah pilih. Jiwa tenang dan hati tenteram dengannya.
sihatceriacergas & the endaevour to achieve more...
Seorang sahabat telah bertanya "Apakah caranya untuk menjadikan hati itu bersinar kembali?" Jawab Rasulullah "Banyakkan mengingati maut dan membaca Al-Quran."
KENYATAAN MEDIA UCAPAN TAKZIAH DI ATAS PEMERGIAN ALMARHUM USTAZ HASAN SHUKRI KE RAHMATULLAH
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) merakamkan ucapan takziah kepada seluruh anggota keluarga, ahli PAS, seluruh pendukung dan pejuang Islam yang dirundung kesedihan setelah pulangnya Ustaz Hj. Hassan Shukri ke rahmatullah pada petang hari Isnin 14 Jun 2010. Sumbangan Almarhum kepada perjuangan Islam di Malaysia dan dunia Islam tidaklah dapat diungkapkan dengan catatan tulisan yang memenuhi penulisan sejarah yang pernah dibukukan. Almarhum adalah merupakan kutubkhanah organisasi dan perlembagaan PAS, terus berkhidmat dengan parti hingga ke saat beliau menemui Tuhan Rabbul Jalil. Sesungguhnya, nadi perjuangan yang ditiupkan oleh Almarhum akan terus berdenyut dalam PAS, merupakan satu contoh kepimpinan parti yang gigih dan istiqamah di kala senang dan susah, untuk memimpin ahli dan seluruh warga parti tanpa mengenal jemu dan lelah. Biar pun Almarhum meninggalkan kita, tetapi jadikanlah ceramah, taklimat, perbualan beliau sebagai pemberi semangat kepada kita yang tinggal untuk meneruskan perjuangan Islam di muka bumi ini. Bagi pihak seluruh kepimpinan dan ahli-ahli PAS, sekali lagi saya merakamkan jutaaan takziah dan berharap seluruh keluarga, sahabat handai, pendukung dan penyokong PAS di serata tempat agar dapat bersabar dengan ketentuan Allah SWT ini. Saya berdoa semoga Allah SWT melimpahi rahmat ke atas roh beliau dan mudah-mudahan beliau ditempatkan bersama-sama roh para solihin dengan izin Allah SWT, InsyaAllah.
DATO’ SERI TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG Presiden PAS 2 Rejab 1431 H / 14 Jun 2010 M
semua kakitangan dan ahli KERAMAT-MADU3 mendoakan Semoga Allah mengampuninya, merahmatinya, memaafkan semua kesalahannya,melipatgandakan kebaikannya, menempatkan ruhnya di Syurga Firdaus yang tertinggi bersama para Nabi, siddiqin, syuhada’ dan sholihin dan semoga Allah memberi ganti yang baik bagi kami dan kaum muslimin. Ameen.
AL-FATIHAH
" Percayalah ...sesiapaa yang memperjuangkan ISLAM , dia tidak akan susah , mungkin tidak kaya tetapi tidak akan susah atau tidak makan . Saya sendiri tidak pernah rasa gaji besar tetapi kehidupan saya tidak susah dan ALHAMDULILLAH makin bertambah baik . bagi pejuang ISLAM , apa jua cabaran dan dugaan akhirnya ALLAH... akan tolong juga dan bantu kita untuk teruskan kehidupan . "
sihatceriacergas & the endaevour to achieve more...