Jumaat, 27 Januari 2012

menyantuni maqam @ kuburan BA'BA DIN @ TUAN GURU HAJI DIN di DUSUN NYOR , NARATHIWAT



ya ALLAH ya Tuhanku , ampunilah BA'BA DIN @ TUAN GURU HAJI DIN, naikkanlah darjatnya diantara orang-orang yang mendapat hidayah, dan lindungilah keluarga dan keturunannya yang masih hidup. Ampunilah dia dan kami, wahai Tuhan sekelian alam, luaskanlah kubur baginya dan berikanlah cahaya didalamnya.

* beliau adalah seorang sahabat dan kenalan saya semasa hidupnya di pondok tal tujuh , pasir mas kelantan

sihatceriacergas & the endaevour to achieve more...

Dialog Imam Syafie Dengan Golongan Anti Hadist


Apakah Ada Gerakan anti Hadith ( inkarus sunnah ) Pada Zaman Dahulu?
Berikut dialog imam syafie dengan golongan Anti Hadist/Ingkarus Sunnah
Pada kurun kedua hijrah, telah muncul satu golongan yang menolak as-Sunnah sebagai salah satu sumber perundangan Islam. Golongan ini terdiri dari mereka yang menolak hadith yang diriwayatkan bukan secara mutawattir (Hadith Ahad) dan juga terdiri daripada golongan mengatakan bahwa hadith bukanlah penerang kepada Al-Qur'an dan bukan juga penguat kepadanya, malah ia merupakan satu hukum yang terpisah daripada Al-Qur'an.

Dan orang pertama yang menjawab golongan anti-hadith/ingkarus sunnah ini ialah Imam Al-Syafie di mana beliau telah menulis di dalam bukunya "Jama' al-Ilm" dari kitabnya "al-Um" di dalam bab khas. Di dalam buku-bukunya tersebut Al-Syafie telah menyebut tentang perdebatannya dengan satu golongan yang dikenali sebagai golongan anti-hadith ini. Beliau juga telah meletakkan bab khas di dalam bukunya "Ar-Risalah" tentang berhujah dengan hadith ahad, sepertimana yang dinyatakan di dalam kitabnya "al-Um".

Imam Al-Syafie telah berkata: Salah seorang dari golongan ini (anti-hadith) telah bertanya kepadaku: kamu dari kalangan Arab, dan Al-Qur'an diturunkan di dalam bahasa kamu, dan kamu juga mampu menghafaznya, dan di dalamnya Allah S.W.T telah menurunkan hukum-hukumnya. Dan sekiranya seseorang itu merasa syak / ragu dan kurang jelas akan Al-Qur'an, maka kamu akan menyuruhnya supaya memilih supaya bertaubat ataupun dihukum bunuh. Dan Allah S.W.T telah berfirman di dalam Al-Qur'an: Menerangkan setiap sesuatu (an-Nahl: 89). Dan bagaimanakah kamu mengatakan kepada diri kamu dan orang ramai tentang perkara yang difardhukan oleh Allah dengan menyatakan bahwa ianya adalah am, dan sesekali kamu mengatakan ianya khas, dan buat kali yang seterusnya pula kamu mengatakan bahwa perintah di dalam Al-Qur'an membawa maksud fardhu, dan seterusnya pula kamu mengatakan di dalam perintah ada dalil yang mungkin membawa maksud harus. Dan apa yang menyebabkan perbedaan ini berlaku di kalangan kamu adalah berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh seseorang perawi dari seorang perawi yang lain, atau dua potong hadith atau lebih hinggalah sampai sanadnya kepada Rasulullah S.a.W.

Dan saya telah mendapati bahawa kamu dan mereka yang bersependapat dengan kamu tidak sedikit pun mengingkari orang yang kamu temui di kalangan perawi hadith tentang kebenaran dan kekuatan hafalan mereka. Dan saya lihat di kalangan mereka ini tiada seorang pun yang tidak melakukan kesalahan dan lupa semasa meriwayatkan hadith-hadith Rasulullah. Bahkan kamu sendiri berkata: "Si fulan telah melakukan kesalahan di dalam hadith ini, dan si fulan ini pula telah membuat kesalahan di dalam hadith itu." Dan kamu juga telah berkata: "Sekiranya seseorang itu berkata tentang hadith yang kamu benarkan dan juga hadith yang kamu larang berdasarkan sesuatu cara: sesungguhnya Rasulullah tidak pernah menyebut hadith ini dan kamu telah melakukan kesalahan atau satu penipuan, dan kamu tidak menyuruh mereka bertaubat, dan kamu berkata kepada mereka lagi: Berdosalah kamu di atas apa yang kamu katakan, apakah boleh kamu membedakan antara sesuatu itu dengan hukum-hukum di dalam Al-Qur'an yang pada hakikatnya ianya adalah sama, dan kamu telah meletakkan berita yang dibawa oleh mereka (perawi) setaraf dengan Al-Qur'an, dan kamu telah melarang dan mengharuskannya.

Imam Al-Syafie menjawab: Sebenarnya kami telah menetapkan satu lingkungan (keyakinan) dan dari aspek kebenaran sesuatu berita itu dengan qias. Dan sebab-sebabnya adalah berbeda dan sekiranya kami memberikan kesemuanya, maka sebahagian darinya adalah lebih kuat dari sebahagian yang lain. Contohnya, sekiranya seseorang itu telah berikrar dengan mengemukakan dalilnya, dan juga bersumpah, maka ikrarnya adalah lebih kuat dari dalilnya, dan segala dalilnya adalah lebih kuat daripada sumpahnya. Dan begitu juga, sekiranya kami meletakkan sesuatu itu pada satu keadaan, maka sebab-sebabnya adalah berbeda.

AH: “Berdasarkan pendapat kamu tadi, sekiranya kamu menerima apa yang di datangkan oleh mereka (hadith), dan kamu juga telah mengemukakan tentang kriteria yang disyaratkan untuk menerima hadith dari mereka ini, maka apakah hujah-hujah kepada golongan yang menolak pendapat kamu ini? Dan bagi saya, saya tidak dapat menerima sedikit pun apa yang kamu katakan tadi, selagi mereka ini manusia yang mungkin melakukan kesalahan, maka saya tidak akan menerima kecuali menerusi keyakinan dan kepercayaan dan apa yang saya percaya Al-Qur'an saja yang tidak mendatangkan sedikitpun keraguan kepada seseorang tentang kebenarannya, dan bukan dengan konsep lingkungan tadi. “

Al-Syafie: “Aku akan berkata kepada mereka, apabila membicarakan tentang Al-Qur'an dan hukum-hukamnya, di sana terdapat beberapa dalil yang menyatakan bahawa Al-Qur'an itu sendiri memerlukan hadith-hadith yang benar diriwayatkan oleh junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W sama saja dalam bentuk umum maupun khusus“. Kemudian Al-Syafie mengemukakan dalil yang menyokong pendapatnya dan berkata, firman Allah Ta’ala: Dialah yang mengutuskan kepada golongan ummi seorang rasul dari kalangan mereka untuk membacakan kepada mereka ayat-ayatNya, membersihkan mereka dan mengajarkan kepada mereka Al-Kitab dan Al-Hikmah (al-Jumu’ah: 2).

AH: “Maka telah kita ketahui bahawa “Al-Kitab” yang dimaksudkan dalam ayat tadi ialah Al-Qur'an al-Karim, maka apa pula yang dimaksudkan dengan “Al-Hikmah”?

Al-Syafie: “Sunnah Rasulullah S.A.W “

AH: “Dan mungkin juga apa yang dimaksudkan dalam ayat tadi ialah Al-Qur'an itu diturunkan secara jumlah, dan al-hikmah itu bermaksud hukum-hakamnya yang khusus?”

Al-Syafie: “Apa yang dimaksudkan di sini ialah penerangan kepada manusia tentang apa yang telah diturunkan oleh Allah, contohnya seperti hukum faraid (pembahagian harta), sembahyang, zakat, haji dan sebagainya. Maka Allah telah menetapkan hukum di dalam Al-Qur'an, dan Rasulullah pula menerangkan bagaimana ibadat-ibadat ini dilaksanakan.

AH: “Itu mungkin juga satu andaian/kemungkinan saja. “

Al-Syafie: “Dan sekiranya kamu mengikut pendapat ini, maka kamu menerima bahwa Al-Qur'an tidak akan difahami kecuali setelah diterangkan oleh Nabi S.A.W.”

AH: “Dan bagaimana sekiranya saya mengatakan bahawa Al-Qur'an dan al-Hikmah itu adalah suatu benda yang sama?"

Al-Syafie: “Yang manakah lebih afdhal (utama), Al-Qur'an dan al-Hikmah itu adalah berbeda ataupun kedua-duanya adalah perkara yang sama?”

AH: “Mungkin juga ianya adalah dua perkara yang berbeda seperti yang kamu jelaskan tadi, dan mungkin juga kedua-duanya adalah perkara yang sama.”

Al-Syafie: “Dan yang paling rajih (tepat) ialah pendapat yang pertama, kerana di dalam Al-Qur'an terdapat dalil yang menguatkan hujah kami dan berbeda dengan pendapat kamu.”

AH: “Mana dalilnya? ”

Al-Syafie: “Firman Allah Ta’ala: Dan bacalah ayat-ayat Allah dan Al-Hikmah yang dibacakan didalam rumah-rumah kamu, sesungguhnya Allah Maha Halus lagi Maha Mengetahui ( al-Ahzab: 34) maka menurut ayat ini bahwa telah dibacakan di rumah perempuan-perempuan itu dua perkara yaitu Al-Qur'an dan as-Sunnah. Dan apa yang dimaksudkan dengan tilawah (bacaan) ialah bacaan Al-Qur'an dan as-sunnah. ”

AH: “Di dalam ayat ini menunjukkan bahawa Al-Qur'an bukan bermaksud al-Hikmah adalah lebih tepat.”

Al-Syafie: “Dan Allah telah mewajibkan kita mengikut Nabi Muhammad S.A.W. ”

AH: “Mana dalilnya? ”

As-Syafie: “Firman Allah Ta’ala: Tidak ! Demi tuhanmu, mereka tiada juga beriman, sehingga mereka meminta keputusan kepada engkau di dalam perselisihan mereka, kemudian mereka tiada keberatan dalam hati mereka untuk menerima keputusan engkau dan mereka menerimanya dengan sebenar-benarnya. (an-Nisa’: 65) dan firman Allah lagi: Barangsiapa yang mentaati rasul, maka sesungguhnya dia telah mentaati Allah (an-Nisa’: 80) dan seterusnya firman Allah dalam surah al-Hasyr ayat 7: Sebab itu hendaklah takut orang yang melanggar perintah rasul itu bahawa mereka akan ditimpa fitnah (ujian) azab yang pedih.

AH: “Tidak ada yang lebih utama pada kami tentang maksud Al-Hikmah adalah Sunnah RasulS.A.W, sebagaimana yang dikatakan oleh sebahagian dari kami: “ Sesungguhnya Allah telah memerintahkan kepada kami supaya menerima hukum Rasulullah S.A.W dan hukum-hukumNya Dialah yang menurunkannya ” Maknanya di sini, maka sesiapa yang tidak menerima hukum Allah, maka adalah lebih tepat jika kita katakan mereka ini menolak perintah Allah daripada kita mengatakan mereka ini menolak perintah rasul.

As-Syafie: “Dan Allah telah menyeru kepada hambanya supaya mentaati segala perintahnya, sepertimana firmanNya yang bermaksud Apa yang didatangkan oleh Rasul kepada kamu, maka hendaklah kamu terima, dan apa yang dilarang olehnya maka hendaklah kamu tinggalkan (surah al-Hasyr: 7)”

AH: “Dan ayat ini menerangkan tentang penurunan Al-Qur'an, maka adalah wajib bagi kita melakukan apa yang diperintahkan oleh rasul dan meninggalkan apa yang dilarang olehnya.”

As-Syafie: “Adakah fardhu-fardhu yang disyariatkan kepada kita dan kepada umat yang sebelumnya sama?”

AH: “Ya !”

As-Syafie: “Jika yang demikian, maka hendaklah kita mengikut apa yang diperintahkan oleh rasul kepada kita. Dan sekiranya difardhukan kepada kita sesuatu ibadat, adakah ia diambil berdasarkan dalil yang memerintahkan supaya kita mengerjakannya? ”

AH: “Ya !”

As-Syafie: “Maka disini, adakah pada pendapat kamu cara untuk mengerjakan suruhan Allah ini yang telah diperintahkan oleh rasul kepada kamu atau (kaum sebelum atau selepas kamu) yang mereka ini tidak pernah bertemu dengan Rasulullah S.A.W kecuali dengan Hadith Al-Nabawi?” (Di sini, Imam As-Syafie menyebut tentang bagaimana dinasakhkan ayat-ayat Al-Qur'an, dan tiada cara lain untuk mengetahui pemansukhan ayat-ayat Al-Qur'an ini kecuali melalui hadith yang diriwayatkan oleh Nabi S.A.W)

AH: “Dan sesungguhnya hujah kamu adalah kuat, dan kami menerima pendapat kamu dan menerima hadith dari Rasulullah S.A.W, dan saya hampir menerima pendapat bahawa hadist menjadi pegangan seseorang muslim.” Kemudian musuh ini menerima pendapat yang dikemukakan oleh Imam As-Syafie dan menganggap ia satu kebenaran.

AH ini telah bertanya lagi kepada Imam As-Syafie kemudiannya, tentang permasalahan “ Umum ” didalam Al-Qur'an, sesekali didatangkan dalam didalam Al-Qur'an makna umum dan sesekali didatangkan makna khusus. Maka Imam As-Syafie menerangkan bahawa bahasa Arab adalah bahasa yang sangat luas, dan kadangkala kita dapati mereka bertutur menggunakan lafaz umum akan tetapi maknanya adalah khusus, dan bilamana kita berbicara tentang pengkhususan yang umum, maka kita tidak akan dapati melainkan setelah merujuk kepada Al-Qur'an dan as-Sunnah. Kemudian Imam as-Syafie memberikan beberapa contoh tentang lafaz umum didalam Al-Qur'an yang dikhususkan hukumnya oleh as-Sunnah seperti fardhu sembahyang ke atas mereka yang dituntut dan dikhususkan kepada mereka yang datang haidnya, dan fardhu zakat ke atas harta adalah umum kemudian dikhususkan kepada sebahagian dari harta tersebut (bukan kesemuanya), dan wasiat kepada kedua ibu bapa kemudiannya dimansukhkan dengan turunnya ayat faraid (pembahagian harta), dan harta warisan kepada kedua ibu bapa dan anak-anak dikhususkan bahawa orang kafir tidak boleh menerima wasiat dari seorang islam, dan dari seorang tuan tidak boleh diwariskan kepada hambanya dan dari seorang yang dibunuh tidak boleh diwarisi hartanya kepada pembunuhnya. Dan semua yang demikin itu adalah dari hadith, maka musuh tadi menerima bahawa tiada cara lain untuk mengetahui penerangan tentang hukum yang didatangkan oleh Al-Qur'an kecuali melalui hadith.

AH: “Dan saya masih berpendapat tentang perbedaan makna tadi, sehingga saya menyalahkan siapa yang mengikut golongan tersebut, dan di sana ada 2 jenis golongan: dan salah satu daripadanya tidak menerima as-Sunnah dan mengatakan di dalam Al-Qur'an terdapat penerangan kepada semua hukum.”

As-Syafie: “Apa yang menyebabkan semua itu?”

AH: “Maka sampailah kita ke noktah yang penting, berkata seorang pemuda: Barangsiapa yang mendatangkan sesuatu atas perkataan solat, maka dia seolah-olah telah menunaikannya, walaupun ia mengerjakan solat dua rakaat pada setiap hari. Dan sebarang ibadat yang tidak terdapat di dalam Al-Qur'an maka ianya bukan ibadat yang dituntut. Dan telah berkata yang lain: Apa yang terdapat di dalam Al-Qur'an, maka diterima baginya hadist. Mereka ini seolah-olah menerima hadist setelah mereka menolaknya. Dan sebenarnya mereka ini tidak mengetahui tentang nasakh dan mansukh di dalam Al-Qur'an serta lafaz am dan khusus di dalamnya. Dan di sini jelas kelihatan kesesatan mereka, namun satu pertanyaan yang perlu dikemukakan, bolehkah kita mengharam sesuatu dengan adanya dalil zanni?” As-Syafie: “Ya !”

AH: “Apakah ia? ”

As-Syafie: “Apa pendapat kamu tentang lelaki ini? Adakah diharamkam darah dan hartanya?

AH: “Ya !”

As-Syafie: “Sekiranya datang kepada kamu dua orang saksi, dan mengatakan bahawa lelaki ini telah didapati membunuh, dan merampas hartanya, apa pendapat kamu? ”

AH: “Saya akan bunuh lelaki tersebut dan hartanya akan dipulangkan kepada warisnya.”

As-Syafie: “Dan pada pendapat kamu adakah saksi tadi mungkin melakukan satu penipuan atau satu kesilapan?”

AH: “Mungkin juga”

As-Syafie: “Dan bagaimana kamu menghalalkan darah dan hartanya melalui dalil zanni atau hanya berpandukan 2 orang saksi?”

AH: “Aku menerimanya berdasarkan penyaksian tadi”

As-Syafie: “Dan adakah kamu dapati di dalam Al-Qur'an ada menyebut tentang penyaksian terhadap pembunuhan?” AH: “Tidak, akan tetapi ianya difahami menerusi makna.”

As-Syafie: “Dan sekiranya kamu berpendapat demikian, maka kamu secara zahirnya telah menerima penyaksian dua orang saksi tadi yang tidak mengetahui apa-apa tentang perkara ghaib (peristiwa lepas dan akan datang) kecuali Allah. Dan begitu, kami telah mensyaratkan kepada perawi hadith syarat yang lebih ketat daripada penyaksian tadi dalam meriwayatkan sesuatu hadith. Kami tidak menerima hadith yang diriwayatkan oleh seorang perawi sahaja, dan kami juga mengesan kebenaran dan ketidaksahihan sesuatu hadith itu menerusi perbandingan hadith yang diriwayatkan oleh seorang perawi dengan hadith yang diriwayatkan oleh perawi yang lain dan juga menerusi Al-Qur'an dan as-Sunnah itu sendiri, dan dalam keadaan ini terdapat beberapa perkara yang yang tidak mungkin disyaratkan di dalam penyaksian.”

Dan setelah mendengar hujah-hujah Imam as-Syafie tadi maka musuh itu pun puas hati dengan penjelasannya dan menerima kepentingan as-Sunnah sebagai penerang kepada Al-Qur'an. Maka di sini dapatlah kita membuat beberapa kesimpulan: Imam as-Syafie tidak menerangkan secara terperinci siapakah golongan ini yang sebenarnya, dan siapa pula syakhsiah sebenarnya orang yang telah kita bincangkan sebentar tadi.

Dan Syeikh al-Khudri di dalam bukunya “Tarikh at-Tasyri’ al-Islami” telah menjelaskan bahawa golongan yang dimaksudkan tadi ialah golongan “Mu’tazilah” (Dan Imam as-Syafie juga tidak menerangkan syakhsiah yang berpegang pada pendapat ini, sebagaimana sejarah juga tidak menjelaskan siapakah golongan ini yang secara terperinci. Tetapi Imam as-Syafie di dalam perdebatannya yang seterusnya (dengan mereka yang menolak hadith secara keseluruhan) secara terangan telah mendakwa bahawa golongan ini berasal dari Basrah, dan Basrah sebagaimana yang kita ketahui merupakan pusat gerakan falsafah (ilmu kalam) dan di sinilah lahirnya mazhab Mu’tazilah. Dan di sini jugalah dibesarkan para ulama’ mu’tazilah dan penulis-penulisnya, yang mana golongan ini terkenal dengan tentangan terhadap ahli hadith. Dan diperkatakan bahawa pendapat yang telah kita bincangkan sebentar tadi merupakan sebahagian daripada golongan ini.

Written by Fairiat Yarman
Thursday, 20 March 2008

http://www.cimbuak.net/content/view/1175/5/

sihatceriacergas & the endaevour to achieve more...

Syekh Yasin Al-Padani ( Padang , Sumatera ) Ulama Mekkah Keturunan Minangkabau...



Ulama Mekkah yang nenek moyangnya berasal dari Padang Sumatra Barat, adalah sosok ulama Indonesia yang namanya Terukir dengan Tinta Emas karena keluasan ilmu yang dimilikinya. Beliau bergelar “Almusnid Dunya”

(ulama ahli Musnad dunia), keahlian dalam hal ilmu periwayatan hadist ini, maka banyak para ulama-ulama dunia berbondong-bondong untuk mendapat Ijazah Sanad hadist dari beliau. Bahkan Al-‘Allamah Habib Segaf bin Muhammad Assegaf salah seorang ulama dan waliyulloh dari Tarim Hadromaut sangat mengagumi keilmuan Syekh Yasin Al-Padani hingga menyebut Syekh Yasin dengan ”Sayuthiyyuh Zamanihi"


Nama lengkapnya Abu Al-Faidh’ Alam Ad Diin Muhammad Yasin bin Isa Al-Padani, lahir di Mekkah tahun 1916. Sejak kecil Syekh Yasin sudah menunjukan kecerdasan yang luar biasa, Bahkan menginjak usia remaja Syekh Yasin mampu mengungguli rekan-rekannya dalam hal penguasaan ilmu hadist, fiqih bahkan para gurunya pun sangat mengaguminya. Syekh Yasin mulai belajar dengan ayahnya Syekh Muhammad Isa, dilanjutkan ke Ash-Shautiyyah guru-gurunya antara lain Syekh Muhktar Usman, Syekh Hasan Al-Masysath, Habib Muhsin bin Ali Al-Musawa.

Sekitar tahun 1934 terjadi konflik yang menyangkut nasionalisme, direktur Ash-Shautiyyah telah menyinggung beberapa pelajar asal Asia Tenggara terutama dari Indonesia, maka Syekh Yasin mengemukakan ide untuk mendirikan Madrasah Darul Ulum di Mekkah, banyak dari pelajar Ash-Shautiyyah yang berbondong-bondong pindah ke Madrasah Darul Ulum, padahal madrasah tersebut belum lama didirikan. Syekh yasin menjabat sebagai wakil direktur Madrasah Darul Ulum Mekkah, disamping itu Syekh Yasin mengajar di berbagai tempat terutama di Masjidil haram . Materi materi yang disampaikan Oleh Syekh Yasin mendapat sambutan yang luar biasa terutama dari para pelajar asal Asia Tenggara. Syekh Yasin juga dikenal sebagai sosok ulama yang sering minta Ijazah dari para ulama-ulama terkemuka sehingga Beliau memilki sanad yang luar biasa banyaknya.

Dan yang sangat menarik adalah sosok Syekh Yasin Al-Padani adalah kesederhanaannya, walaupun beliau seorang ulama besar namun beliau tidak segan-segan untuk keluar masuk pasar memikul, dan menenteng sayur mayur untuk memenuhi kebutuhan sehari hari. Dengan memakai kaos oblong dan sarung, Syekh Yasin juga sering nongkrong di warung teh sambil menghisap Shisah ( rokok arab). tak ada seorang pun yang berani mencelanya karena ketinggian ilmu yang dimiliki Syekh Yasin. Dan jika musim haji tiba Syekh Yasin mengundang ulama-ulama dunia dan pelajar untuk berkunjung kerumahnya untuk berdiskusi dan tak sedikit dari para ulama yang meminta Ijazah Sanad hadist dari Syekh Yasin. Namun biarpun lewat dari musim haji rumah Syekh Yasin pun selalu ramai dikunjungi para ulama dan pelajar.



Ulama kelahiran abad 20 ini menghasilkan karya-karya yang tak kurang dari 100 judul, yang semuanya tersebar dan menjadi rujukan lembaga-lembaga Islam, pondok pesantren, baik itu di Mekkah maupun di Asia Tenggara. Susunan bahasa yang tinggi dan sistematis serta isinya yang padat menjadikan karya Syekh Yasin banyak digunakan oleh para ulama dan pelajar sebagai sumber referensi. Diantaranya:

Pertama, Fathul ‘allam Syarah dari kitab Hadist Bulughul Maram

Kedua, Ad Durr Al-Madhud fi Syarah Sunan Abu Dawud

Ketiga, Nail Al-Ma’mul Hasyiah ‘Ala Lubb Al-Ushul Fiqh

Keempat, Al Fawaid Al-Janiyah ‘Ala Qawaidhul fiqihiyyah, dan masih banyak karya beliau lainnya.

Beliau banyak dipuji oleh para Ulama dan para gurunya, seperti seorang ulama Hadist bernama Sayyid Abdul Aziz Al-Qumari menjuluki Syekh Yasin sebagai ulama kebanggaan Haromain ( Mekkah dan Madinah).

Dr. Ali Jum’ah salah satu Mufti Mesir dalam kitab Hasyiyah Al -mam Baijuri A’la Jawahirut Tauhid yang di tahqiqnya mengatakan bahwa dia mendapat Ijazah sanad dari Syekh Yasin Al Fadani.

Syekh M Zainuddin sewaktu mengajar di madrasah Ash-Shautiyyah mengalami kesulitan dan memaksa dirinya membolak balik berbagai kitab-kitab yang relevan, namun setelah terbitnya Kitab Qowaidhul Fiqih karya Syekh Yasin Al-Fadani menjadi ringanlah segala bentuk kesulitan-kesulitan yang biasa ia alami waktu mengajar.

Syekh Yasin juga sering mengadakan kunjungan-kunjungan keberbagai negara terutama di Indonesia yang merupakan asal dari nenek moyangnya, tak sedikit dari para ulama-ulama yang bertemu Syekh Yasin ingin dianggap murid oleh beliau dan minta ijazah sanad hadist. Dan kejadian yang menarik adalah sewaktu Syekh Yasin berkunjung keIndonesia banyak dari para ulama dari berbagai daerah di Indonesai berbondong-bondong menemui Syekh Yasin untuk dianggap murid salah satunya adalah KH Syafi’i Hadzmi. KH. Syafii datang menemui Syekh Yasin Al-Fadani untuk diangkat sebagai murid namun Syekh Yasin menolaknya, bukan karena tidak suka atau ada hal lain. Namun Syekh Yasin Menganggap bahwa dirinya tidak pantas menjadi guru dan beliau mengatakan bahwa dirinyalah yang pantas menjadi Murid KH Syafi”i Hadzami. Syekh yasin menilai bahwa kedalaman ilmu yang dimiliki KH Syafi’i Hadzami tak diragukan lagi. KH Syafi’i Hadzami begitu terkenal namanya di Mekkah sebagai sosok ulama Indonesai yang memiliki keluasan ilmu.

Begitulah sosok Syekh Yasin Al-Padani yang sangat menghargai para ahli ilmu. Dan pernah salah seorang murid Syekh Yasin Al-Fadani, KH Abdul Hamid dari Jakarta, sewaktu beliau dihadapi kesulitan dalam mengajar beliau mendapat sepucuk surat dari Syekh Yasin Al-Fadani, begitu membuka isi surat tersebut ternyata adalah jawaban dari kesulitan yang dihadapinya. KH Abdul hamid pun heran bagaimana Syekh Yasin bisa tahu kesulitan yang sedang beliau hadapi?

Pernah juga salah seorang Murid Syekh Yasin di mekkah menceritakan bahwa dirinya diperintahkan Syekh Yasin untuk dibuatkan teh, setelah teh tersebut diminum dirinya pergi ke Masjidil Haram dan terasa tidak percaya bahwa dirinya melihat Syekh Yasin sedang membawa kitab sehabis mengajar dari masjidil haram padahal baru tadi Syekh Yasin minum teh dirumahnya.

Syekh Yasin Al-Fadani tampil sebagai sosok ulama yang mampu mencetak murid-murid yang sangat mencintai ilmu diantara murid Beliau adalah Syekh Muhammad Ismail Zaini Al-Yamani, Syekh Muhammad Muhktaruddin, Habib Hamid Al-Kaff, KH. Ahmad Damhuri ( Banten), KH Abdul Hamid ( Jakarta), KH Ahmad Muhajirin ( Bekasi), Kh Zayadi Muhajir, Kh Syafi’i Hadzami dan masih banyak murid beliau yang tersebar di pelosok penjuru dunia yang meneruskan perjuangan Syekh Yasin Al-Fadani. Bangsa Indonesia pun boleh berbangga bahwa bangsa kita memilki Ulama-ulama yang sangat terkenal dan diakui ketinggian ilmunya di Mekkah maupun di dunia Sebut saja Syekh Muhammad Nawawi Al Bantani ( Banten), Syekh Yasin Al-Fadani ( Padang), Syekh Ahmad Khatib Sambas ( Kalimantan), Syekh Muhammad Zainuddin Al-Fancuri ( Lombok) dan lain-lain.

Tahun 1990 Syekh Yasin Al-Fadani dipanggil menghadap Allah SWT, seluruh dunia merasa kehilangan sosok ulama hadist yang mumpuni dan menjadi sumber rujukan ilmu. Dan kebesaran Allah ditampakan oleh para hadirin yang hadir dalam prosesi penguburan ulama besar tersebut. Begitu Jenazah dimasukkan ke liang lahat bukan liang yang sempit dan lembab yang tampak tapi liang tersebut berubah menjadi lapangan yang luas membentang disertai dengan semerbak wewangian yang harum dan menyegarkan. Subhanalloh Ya Allah jadikan para ulama-ulama Indonesia saat ini menjadi ulama-ulama yang istiqomah, yang berjuang mensyiarkan agama Allah dengan penuh keikhlasan seperti ulama-ulama terdahulu yang telah Engkau Rahmati Amiiiiin.

[Sumber: www.pkesinteraktif.com]

sihatceriacergas & the endaevour to achieve more...

http://www.nahrawi.org/2009/10/syekh-yasin-al-padani-ulama-mekkah.html

Jumaat, 20 Januari 2012

perkhidmatan merekabentuk dan menerbitkan ANIMASI 2D untuk KEMPEN KURANGKAN MAKAN GARAM @ NCD , KKM PUTRAJAYA



KURANGKAN MAKAN GARAM

Selalu kita mendengar pesanan untuk mengurangkan pengambilan gula dan garam. Kalau gula sering dikaitkan dengan penyakit kencing manis, pengambilan garam berlebihan pula terbukti boleh merangsang masalah tekanan darah tinggi.

Hari ini adalah sambutan Hari Hipertensi Sedunia. Hipertensi atau tekanan darah tinggi antara penyakit senyap yang boleh membunuh kerana ia mampu menimbulkan pelbagai masalah kesihatan lain tanpa tanda amaran.

Ramai tidak sedar mereka mengalami tekanan darah tinggi. Walaupun ia boleh diketahui melalui pemeriksaan mudah yang mengambil masa beberapa minit, ramai tidak menganggapnya sebagai perkara penting.

Kalau dulu tekanan darah tinggi dianggap penyakit orang tua, terutama warga emas (tiga per empat daripada wanita dan dua per tiga daripada lelaki berumur 70 tahun ke atas), kini semakin banyak kes dikesan pada golongan muda, termasuk dalam lingkungan 30-an.


Kajian di Amerika Syarikat mendapati lebih 50 juta rakyatnya mengalami tekanan darah tinggi. Dianggarkan dua daripada tiga orang yang dikesan mengalami masalah ini mendapatkan rawatan. Daripada jumlah itu 75 peratus mengambil ubat, tetapi hanya 45 peratus daripadanya mendapat rawatan secukupnya.

Di Malaysia, sekurang-kurangnya 42 peratus orang dewasa berusia lebih 30 tahun mengalami hipertensi. Pakar perubatan khuatir kerana daripada 4.8 juta rakyat Malaysia yang menghidap penyakit ini, hanya lapan peratus dapat mengawal tekanan darah supaya ada dalam julat sihat.

Tema sambutan tahun ini ialah Garam dan Hipertensi Pembunuh Senyap. Tahukah anda bahawa kebanyakan kita mengambil garam melebihi apa yang diperlukan? Tujuh daripada 10 penduduk dewasa Amerika Syarikat mengambil 2.3 kali ganda garam daripada paras sihat.

Data terbaru menunjukkan secara purata rakyat Amerika mengambil satu setengah camca teh garam setiap hari — setengah camca teh lebih daripada jumlah disarankan iaitu hanya satu camca teh atau 2,300 miligram garam sehari, kata Pengarah Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit bagi sakit jantung dan strok, Dr Darwin Labarthe.

Kesan garam terhadap peningkatan tekanan darah tidak perlu disangkal lagi. Ia terbukti sejak berabad lalu, malah manuskrip kuno China ada mencatatkan kaitan antara garam dengan tekanan darah tinggi.

Kajian di Singapura mendapati 90 peratus rakyatnya mengambil garam dua kali ganda daripada tahap disarankan. Keputusan kajian ini boleh diguna pakai untuk rakyat Malaysia kerana makanan kita tidak jauh berbeza.

Garam mengandungi dua bahan asas iaitu sodium dan klorida. Garam diperlukan untuk menseimbangkan kandungan cecair dalam badan dan menghasilkan impuls elektrik bagi membolehkan transmisi saraf serta pengecutan otot.

Garam berlebihan akan meningkatkan tekanan darah. Apabila tekanan darah meningkat, risiko mendapat strok, serangan jantung juga bertambah. Pengambilan garam berlebihan juga mendedahkan anda kepada kanser perut dan hidung.

Kanak-kanak yang mengambil banyak garam pula mempunyai peluang besar untuk mengalami tekanan darah tinggi apabila dewasa.

Biasanya buah pinggang bertanggungjawab mengawal paras garam dalam badan. Jika terlalu banyak garam, buah pinggang menyingkirnya melalui air kencing.

Namun apabila kandungan garam dalam darah sangat tinggi, buah pinggang tidak lagi dapat mengurangkan paras garam ke tahap normal dan garam ini kekal di dalam darah.

Satu sifat garam ialah ia mampu menarik air. Apabila terlalu banyak garam dalam darah, ia menarik lebih banyak air masuk ke dalam aliran darah untuk mengekalkan paras garam yang selamat. Ini bermakna kandungan cecair dalam salur darah bertambah dan ia menyebabkan tekanan darah meningkat.

Sesetengah orang lebih sensitif terhadap garam dan pada individu begini pengambilan garam berlebihan menaikkan tekanan darah. Biasanya orang tua dan pesakit kencing manis lebih sensitif pada garam.

Secara purata, kita memerlukan kira-kira 500 miligram garam sehari untuk membolehkan badan berfungsi dengan baik. Walaupun kita boleh mengambil sehingga 2,300 miligram garam sehari tetapi pesakit kencing manis, tekanan darah tinggi dan individu berumur 40 tahun ke atas perlu mengawal pengambilan garam supaya tidak melebihi 1,500 miligram sehari.

Dianggarkan 80 peratus garam yang diambil adalah garam tersembunyi iaitu di dalam makanan berproses, termasuk daging hancur, daging burger, naget, sayur asin, ikan masin, sosej, keju, buah zaitun jeruk, jeruk buah, biskut, snek, kerepek dan makanan dalam tin. Garam dalam masakan hanya menyumbang peratusan kecil terhadap paras garam darah.

Manis dan masin adalah rasa yang dipelajari sejak kecil. Kajian mendapati kecenderungan terhadap sesuatu rasa sukar diubah selepas berumur tujuh tahun. Ini sebabnya anda sebagai ibu bapa perlu tahu kebaikan serta keburukan gula dan garam supaya boleh menyemai tabiat pemakanan baik di kalangan anak.

Adakah garam laut lebih baik dan menyihatkan? Walaupun banyak dakwaan mengatakan begitu, hakikatnya jika berlebihan, kesan garam laut terhadap badan adalah sama dengan garam biasa; cuma harganya lebih mahal.

Tekanan darah yang sihat adalah kurang daripada 140/90 mmHg. Individu yang mempunyai ukuran lebih daripada had ini dikategorikan menghidap penyakit tekanan darah tinggi (rujuk Jadual 1). Yang menyedihkan ialah tekanan darah tinggi dikategorikan sebagai penyakit sepanjang hayat. Ini bermakna ia perlu dirawat selagi kita hidup.

Perunding Kardiologi Pusat Perubatan Tropicana, Dr Haizal Haron Kamar, berkata ramai pesakit menghentikan pengambilan ubat apabila mendapati tekanan darah mereka mencapai tahap normal.

Tindakan ini sangat berbahaya kerana tekanan darah boleh meningkat semula dan jika pesakit tidak melakukan perubahan gaya hidup, mereka berisiko mendapat pelbagai penyakit akibat peningkatan tekanan darah.

Rawatan sepanjang hayat yang dimaksudkan ialah melakukan perubahan gaya hidup dan mengambil ubat mengikut saranan doktor. Bagaimanapun, kebergantungan terhadap ubat boleh dikurangkan jika pesakit sanggup memulakan hidup baru dengan:

# Berhenti merokok

# Mengurangkan berat badan (jika ada masalah gemuk atau terlalu gemuk)

# Bersenam

# Mengurangkan pengambilan garam

Malah atas nasihat doktor, pesakit juga ada peluang untuk bebas daripada ubat jika menjadikan empat perkara di atas sebagai amalan sepanjang hayat.

Pembaca yang ingin mendapatkan penjelasan lanjut mengenai penyakit ini boleh menyertai ceramah kesihatan di Pusat Perubatan Tropicana, Damansara yang diadakan hari ini jam 1 petang.



Panduan mengurangkan pengambilan garam:

# Kurangkan penggunaan semua jenis sos dalam masakan. Sebaliknya gantikan dengan herba atau stok ikan bilis yang disediakan sendiri (dengan merebus ikan bilis, dan gunakan air rebusan dalam masakan)

# Baca label ketika membeli barang makanan. Cari produk yang rendah kandungan garam (sodium)

# Jika makan di luar, pesan kepada tukang masak untuk mengurangkan garam dalam makanan anda

# Masukkan garam akhir sekali. Cara ini mengurangkan penggunaan berbanding jika ia dimasukkan dari awal

# Sediakan sup tawar (tanpa garam). Garam hanya dimasukkan sejurus sebelum makan mengikut cita rasa setiap individu

# Elak mencampurkan serbuk asam atau garam ke dalam buah-buahan anda. Nikmatilah rasa asli buah-buahan berkenaan.

Fakta tekanan darah tinggi:

# Lebih kerap pada orang tua — 3/4 daripada wanita dan 2/3 daripada lelaki berumur 70 tahun ke atas

# Dua kali lebih lazim di kalangan individu obes

# Pembunuh senyap yang boleh sebabkan strok, serangan jantung, kegagalan jantung, aneurisme (bengkak pada dinding salur darah) dan kegagalan buah pinggang

# Tiada gejala

Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN


Sambung Baca: http://anizyn.blogspot.com/2009/07/kurangkan-makan-garam.html#ixzz1jylpFNmS

sihatceriacergas & the endaevour to achieve more...

Isnin, 16 Januari 2012

universiti kehidupan....




Ketika kerjamu tidak dihargai, maka saat itu kau belajar tentang ketulusan
Ketika usahamu tidak dinilai tidak penting, maka saat iut kau belajar tentang keikhlasan
Ketika hatimu terluka sangat dalam, maka saat itu kau belajar memaafkan
Ketika engkau harus Lelah dan kecewa, maka saat itu kau belajar tentang kesungguhan
Ketika kau merasakan sepi dan sendiri, maka saat itu kau belajar ketangguhan
Tetap Semangat
Tetap Sabar
Tetap tersenyum
Terus belajar
Terus Bekerja
Bekerja utk Islam
Karna kau sedang menimba ilmu di univ kehidupan
Allah menarohmu di tempat sekarang bukan karna kebetulan
Ia punya maksud untuk hidupmu

sihatceriacergas & the endaevour to achieve more...

Selasa, 3 Januari 2012

membekal LCD PROJEKTOR kepada sebuah akademi di kuala lumpur ..

ALLAHUAKBAR..., ALLAHUAKBAR..ALLAHUAKBAR..

* di awal tahun 2012 ini...MADU3 mendapat kontrak @ ( misi membunuh ) membekal LCD PROJEKTOR kepada sebuah akademi di kuala lumpur ..

" ku mengharap secupak ya ALLAH ..., ia datang segantang..., ku sangka ia sudah habis...datang pula selori...".terima kasih ya ALLAH



sihatceriacergas & the endaevour to achieve more...